Anda di sini

Tambadau perlu tamatkan kekalahan

Advertisement
PETER
PETER

KOTA KINABALU: Skuad Tambadau Sabah perlu elakkan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini dari berlarutan dengan menumbangkan PJ City dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata, hanya kemenangan pilihan terbaik untuk skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih sukar.

"Kita tiada pilihan lain, kita harus menang malam esok kerana sekiranya kita gagal mengutip mata penuh ia akan menyukarkan keadaan dan tekanan pasukan pastinya lebih tinggi.

"Sudah tiada masanya lagi untuk kita 'panaskan badan' kerana saingan liga ini hanya berjalan satu pusingan saja, kita harus mengelak daripada terus terjerumus di dasar liga," katanya ketika dihubungi semalam.

Peter berkata, pemain perlu yakin dan fokus untuk dapatkan kemenangan bagi memastikan pasukan semakin ditinggalkan di mana ketika ini jurang mata di antara pasukan-pasukan yang bersaing masih tidak jauh.

"Kelekaan dan kesilapan hanya akan membuatkan kita terus kecewa, kita boleh lihat sendiri pada dua perlawanan lalu.

"Saya harap Kurniawan akan melakukan sesuatu yang 'istimewa' bagi memastikan pasukan tidak terus kecewa," katanya.

Sabah sebelum ini tewas dalam dua aksi berturut-turut iaitu 0-4 di tangan Terengganu FC dan kalah tipis 1-2 kepada Selangor di Stadium Likas, minggu lalu.

Skuad Tambadau itu juga kini berada di tangga kedua tercorot selepas mengutip lima mata daripada enam perlawanan itu.

Dua puluh pemain disenaraikan bagi menghadapi perlawanan itu ialah Alto Linus, Dendy Lowa, Dennis Buschening, Evan Wensley Wenceslaus, Hamran Peter, Kassy Guy Mickael Gnabouyou, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Jenius Karib, Mohd Azizan Nordin, Mohd Syukri Baharun, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Park Tae Su, Petrus Shitembi, Rawilson Batuil, Sabri Sahar, Robson Rendy Rining, Rodoljub Paunovic, Rozaimie Rohim dan Ummareng Bacok.

  • oleh
  • Advertisement