Anda di sini

Kem pendatang terbesar di Greece musnah dijilat api

Advertisement
 Pencari suaka bersama kanak-kanak dilihat melarikan diri dari kebakaran besar yang meletus di kem pendatang Moria di pulau Lesbos, Greece kelmarin. — Gambar AFP
KEBAKARAN BESAR: Pencari suaka bersama kanak-kanak dilihat melarikan diri dari kebakaran besar yang meletus di kem pendatang Moria di pulau Lesbos, Greece kelmarin. — Gambar AFP

PULAU LESBOS: Ribuan pencari suaka kehilangan tempat berlindung semalam selepas kebakaran memus-nahkan kem pendatang terbesar di Greece, yang mencetuskan perbalahan di kalangan negara-negara Eropah berhubung tanggungjawab mereka terhadap pelarian serta seruan bagi pembaharuan segera ke atas sistem sedia ada.

Kebakaran kedua pada petang kelmarin memburukkan lagi krisis di Pulau Lesbos, di mana pihak berkuasa sudah mengumumkan keadaan darurat.

Kebakaran pertama, yang bermula beberapa jam selepas 35 orang didapati positif COVID-19 di kem Moria, menyebabkan ribuan pendatang lari ke tempat selamat di dusun zaitun di sekitar kem – tetapi tidak ada orang yang mengalami kecederaan serius.

Sementara negara-negara Eropah dari Jerman sehingga Norway – bersama ketua-ketua Kesatuan Eropah (EU) – menawarkan bantuan, pegawai Greece cuba me-nyalahkan pendatang atas kebakaran tersebut.

Perdana Menteri Kyria-kos Mitsotakis, yang tidak secara langsung mendakwa kebakaran sengaja dimula-kan, berkata kebakaran itu disebabkan oleh reaksi yang ganas di kem kepada saringan virus.

Menteri Migrasi Notis Mitarachi berkata pencari suaka memulakan kebakaran kerana langkah kuarantin yang dilaksanakan selepas saringan positif.

Kebanyakan pendatang duduk di tepi jalan di antara kem dengan pelabuhan Mytilene pada petang kelmarin.

“Apakah yang kami akan buat sekarang? Ke manakah kami dapat pergi?” kata Mahmout, seorang lelaki Afghanistan, manakala rakan senegara Aisha mencari dua anaknya.

“Kami kehilangan segala-galanya” dalam kebakaran itu, kata Cornille Ndama dari Republik Demokratik Congo.

“Saya tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa bersama saya, tetapi kami tidak tahu di mana kami akan tidur,” katanya.

Daripada 3,500 pendatang yang tempat tinggal mereka musnah, golongan paling lemah bermalam kelmarin di atas sebuah feri di pelabuhan berdekatan, manakala dua kapal tentera laut Greece menyediakan tempat tidur tambahan semalam, kata Mitarachi.

Semalam, Naib Presi-den EU Margaritis Schinas melawat kem berkenaan sebelum bertemu dengan Mitsotakis di Athens.

Kebakaran kedua, pada lewat kelmarin, berlaku di sebahagian kem yang tidak rosak teruk sebelum itu.

“Moria hancur!” jerit beberapa pendatang ketika mereka berjalan menuju ke Mytilene.

Pegawai kerajaan sudah mengumumkan darurat selama empat bulan dan mengerahkan polis rusuhan ekoran laporan bahawa pasukan keselamatan menyekat pendatang dari sampai ke Mytilene.

Sejak ia menjadi salah satu gerbang utama ke Eropah bagi pendatang dan pencari suaka pada 2015, Greece membina puluhan pusat tahanan di pulau-pulaunya, tetapi orang ramai sering berdepan dengan penantian yang lama di kem dan ke-sesakan adalah lumrah.

Kebakaran di Moria – yang menempatkan lebih 12,000 orang tetapi direka untuk hanya 2,800 sahaja – me-nimbulkan persoalan tentang sistem suaka di Eropah, dan Jerman mendahului jalan untuk menuntut pembaharu-an.

“Kita amat memerlukan program pengambilan pelari-an yang umum di kalangan sebanyak mungkin negara EU dan akhirnya dasar migrasi dan suaka umum bagi EU,” kata Menteri bagi Eropah, Michael Roth.

Beberapa ribu orang di kota-kota di Jerman meng-adakan rapat umum kelmarin untuk menuntut agar negara mereka menerima masuk pendatang dari kem terbabit.

Orang sepatutnya memohon suaka di negara EU pertama di mana mereka tiba sebelum dipindahkan jika mereka berjaya – tetapi sistem itu dikecam dengan meluas, kerana beberapa negara jarang menerima pelarian manakala negara lain seperti Greece dan Itali menanggung akibatnya.

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa adalah antara kumpulan yang berpendapat masanya sudah tiba bagi negara EU lain untuk membantu Greece memindahkan pendatang.

Majlis Eropah menyalah-kan ketiadaan solidariti bagi bencana itu.

Norway menawarkan untuk menerima 50 warga Syria dari Moria, manakala Greece dan EU berjanji untuk menampung perbelanjaan 400 kanak-kanak yang tidak diiringi orang dewasa untuk dibawa ke tanah besar.

Ketua EU Ursula von der Leyen menyuarakan rasa simpati, dan menambah: “Keutamaan kita adalah ke-selamatan mereka yang tidak ada tempat perlindungan.”

Tetapi Menteri Luar Austria Alexander Schallenberg menolak kemungkinan me-ngambil orang dari Moria.

“Jeritan tentang pembahagian (pendatang) tidak mungkin adalah penyelesaiannya,” katanya kepada badan penyiaran awam ORF, yang menambah ia akan menggalakkan penyeludupan manusia.

“Jika kita mengosongkan kem Moria, ia akan serta-merta dipenuhi semula.”

Beliau menambah bahawa Austria sudah menawarkan bantuan bernilai sejuta euro (RM4.8 juta).

Kebakaran pertama me-musnahkan bahagian rasmi di kem berkenaan, yang me-nempatkan kira-kira 4,000 orang, kata menteri.

Seramai 8,000 lagi tinggal di dalam khemah dan beberapa  tempat perlindungan sementara di sekitar peri-meternya, kebanyakannya rosak teruk. — AFP

Advertisement