Anda di sini

‘Keeping Up with the Kardashians’ akan berakhir pada 2021

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 16 Jun 2018 ini menunjukkan Kim (kiri) bersama ibunya Kris Jenner menghadiri acara Anugerah MTV Movie & TV 2018 di Barker Hangar, Santa Monica. Peminat terpaksa mencari cara lain untuk mengikuti keluarga Kardashian, selepas keluarga selebriti mega itu mengumumkan bahawa program realiti mereka akan berakhir pada tahun depan. — Gambar AFP
TAMAT: Gambar fail yang diambil pada 16 Jun 2018 ini menunjukkan Kim (kiri) bersama ibunya Kris Jenner menghadiri acara Anugerah MTV Movie & TV 2018 di Barker Hangar, Santa Monica. Peminat terpaksa mencari cara lain untuk mengikuti keluarga Kardashian, selepas keluarga selebriti mega itu mengumumkan bahawa program realiti mereka akan berakhir pada tahun depan. — Gambar AFP

PEMINAT terpaksa mencari cara lain untuk mengikuti keluarga Kardashian, selepas keluarga selebriti mega itu mengumumkan bahawa program realiti mereka akan berakhir pada tahun depan.

“Dengan hati yang berat, kami telah membuat keputusan yang sukar sebagai sebuah keluarga untuk mengucapkan selamat jalan kepada ‘Keeping Up with the Kardashians’,” tulis Kim Kardashian dalam satu paparan kepada 188 juta pengikutnya dalam Instagram.

“Selepas 14 tahun, 20 musim, ratusan episod dan banyak program terbitan sampingan, kami lebih daripada bersyukur kepada semua anda yang telah menonton kami selama ini - pada waktu baik, waktu buruk, kegembiraan, tangisan, dan sepanjang perhubungan serta anak-anak yang ramai,” katanya.

“Musim terakhir kami akan ditayangkan pada awal tahun depan pada 2021,” tulis ahli perniagaan itu yang juga isteri penyanyi rap, Kanye West.

“Tanpa ‘Keeping Up with The Kardashians’, saya tidak akan berada di kedudukan saya pada hari ini,” tambahnya. “Program ini menjadikan kami siapa kami dan saya akan terhutang budi buat selama-lamanya kepada semua orang yang memainkan peranan dalam usaha membentuk karier kami dan mengubah kehidupan kami buat selama-lamanya.”

Kenyataan itu turut dikongsikan oleh ibu Kardashian, Kris Jenner, “mom-ager” keluarga itu yang amat cekap.

Tulisan berkenaan ditandatangani tiga adik beradik perempuan Kardashian - Kourtney, Kim dan Khloe - ibu mereka, saudara mereka Rob, dua adik tiri mereka Kendall dan Kylie Jenner serta Scott Disick, bapa kepada tiga orang anak Kourtney.

Keluarga itu tidak memberikan penjelasan bagi keputusan untuk menamatkan siri yang popular itu.

Pengumuman itu dibuat selepas pengumuman bintang rap West, yang mempunyai empat orang anak bersama Kim Kardashian, bahawa dia akan bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat.

West baru-baru ini juga telah membuat kenyataan yang membingungkan dan tidak berurutan, malah tidak dapat difahami, dalam Twitter dan satu acara kempen, yang mendorong isterinya untuk mendedahkan tentang masalah bipolar yang dialami West dan meminta “belaskasihan dan empati”.

‘Keeping Up with the Kardashians’ menja-dikan seluruh ke-luarga itu masyhur, yang mengubah mereka daripada orang biasa kepada selebriti dengan menggunakan kema-syhuran mereka untuk melancarkan karier jutaan dolar dalam mekap, wangi dan peragaan. — AFP

Advertisement