Anda di sini

Ejen hartanah didakwa tipu pemohonan lesen senjata api RM300,000

Advertisement
Tertuduh semasa dibawa ke mahkamah, hari ini.
Tertuduh semasa dibawa ke mahkamah, hari ini.

KUCHING: Seorang ejen hartanah mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan berhubung kes tipu kelulusan lesen senjata api melibatkan 32 transaksi kewangan yang dilakukan pada 11 Mei lalu.

Tertuduh iaitu seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching, hari ini dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan memohon untuk dibicarakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Merbin Lisa berkata tertuduh ditangkap pada 8 September dengan kerjasaman Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan IPD Petaling Jaya.

"Tertuduh dikatakan menawarkan kepada pengadu bahawa dia boleh membantu untuk mendapatkan kelulusan lesen senjata api dengan segera.

"Susulan itu, pengadu telah membuat transaksi bayaran kepada tertuduh sebanyak RM300,000 sebelum dia menyedari tertuduh tidak membantunya dalam membuat permohonan lesen, tetapi wang digunakan untuk kegunaan peribadi," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching Aida Montong menggantikan Majistret Mohd Syukri Mokhtar, Majistret Zubaidah Sharkawi dan Majistret Zaiton Anuar masing-masing menbenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan kes disebut semula pada 15 September ini.

  • oleh
  • Advertisement