Anda di sini

Atlet digesa terus utamakan kebersihan ketika jalani latihan

Advertisement
 Ling (kiri) menyampaikan sumbangan cecair pensanitasi tangan kepada Soo ketika lawatan di Persatuan Bola Tampar Miri baru-baru ini.
TERIMALAH: Ling (kiri) menyampaikan sumbangan cecair pensanitasi tangan kepada Soo ketika lawatan di Persatuan Bola Tampar Miri baru-baru ini.

MIRI: Atlet digesa untuk terus menitikberatkan kebersihan diri ketika menjalani latihan dan pertandingan dalam usaha mengekang penularan wabak penyakit berjangkit.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling berkata, kesihatan dan keselamatan para atlet adalah keutamaan yang juga merupakan aspek penting untuk peningkatan prestasi dan kecemerlangan sukan.

"Mereka harus mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) dengan kerap mensanitasikan tangan dan berlatih dengan selamat, " jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan 138 botol cecair pensanitasi tangan kepada Persatuan Bola Tampar Miri baru-baru ini.

Ling yang juga presiden persatuan menyerahkan sumbangan itu kepada pengerusi Soo Puong Chii untuk diedarkan kepada ahli jawatankuasa, para pelatih dan atlet.

"Wabak COVID-19 masih belum berakhir.

"Oleh itu aspek kebersihan dan keselamatan para pelatih dan pemain sewaktu menjalani latihan harus diberi perhatian," tegasnya.

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu berkata, sumbangan untuk menambah bekalan kelengkapan perlindungan diri untuk persatuan untuk sesi latihan atlet mereka.

Pelatih dan atlet mempunyai komitmen tinggi dalam meningkatkan prestasi tanpa mengabaikan arahan SOP seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Pemain-pemain kini sedang giat menjalani latihan bersama dengan jurulatih mereka. Oleh  itu penggunaan hand sanitizer amat penting untuk memastikan setiap mereka berlatih dengan selamat”, tambah beliau.

Advertisement