Anda di sini

Ronaldo meraikan gol ke-100 dengan kemenangan ke atas Sweden

Advertisement
 Rembatan Ronaldo dari tendangan percuma memasuki gawang pada aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di antara Sweden dan Portugal di Solna, Sweden. — Gambar AFP
TEPAT KE SASARAN: Rembatan Ronaldo dari tendangan percuma memasuki gawang pada aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di antara Sweden dan Portugal di Solna, Sweden. — Gambar AFP

SOLNA: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-100 beliau bersama Portugal pada Selasa, pada minit akhir sebelum rehat untuk menewaskan Sweden pada perlawanan Liga Negara-Negara UEFA.

Penyerang kelab Juventus berusia 35 tahun itu menjaringkan gol pertama dari satu  tendangan percuma yang melepasi dinding pemain dan menewaskan penjaga gol Robin Olsen.

Selepas membuat penampilan senior pertama ketika berusia 18 tahun pada 2003, Ronaldo menjaringkan gol pertama beliau ketika tewas 1-2 kepada Greece di Euro 2004.

Ronaldo, yang beraksi 165 kali bersama Portugal, adalah pemain kedua di belakang bekas penyerang Iran, Ali Daei (109 gol) dalam senarai penjaring terbanyak antarabangsa bola sepak lelaki.

Apa yang menarik, hanya 17 dari 100 gol beliau adalah dari perlawanan persahabatan dan sembilan gol hatrik adalah dalam kejohanan FIFA atau UEFA atau perlawanan kelayakan.

Gol ke-100 beliau di Sweden, yang juga lokasi aksi cemerlang Ronaldo pada perlawanan kedua playoff kelayakan Piala Dunia pada 2013.

Ronaldo menjaringkan gol tunggal pada perlawanan pertama dan kemudian saling berbalas jaringan dengan penyerang Sweden ketika itu, Zlatan Ibrahimovic pada perlawanan kedua.

Ronaldo menjaringkan hatrik di antara minit ke-50 dan 79 ketika Ibrahimovic menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit sebelum Portugal memenangi perlawanan itu. — AFP

Advertisement