Anda di sini

Kes rasuah RM800 juta: Permohonan reman terhadap peguam ditolak

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menolak permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman terhadap seorang peguam yang disiasat berhubung kes rasuah dan tuntutan palsu pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan bernilai RM800 juta di Sarawak.

Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu, yang disiasat dalam kes sama, dibebaskan hari ini.

Terdahulu, pegawai penyiasat SPRM memohon reman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (b), 17 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, suspek dibebaskan berikutan tiada bukti dapat mengaitkannya dengan projek pembinaan jalan tersebut. 

Tambah sumber, suspek yang diwakili peguam Lim Heng Choo, dikatakan menyediakan dokumen berkaitan projek tersebut. 

Jelas sumber itu juga, suspek dikatakan ditahan oleh pegawai SPRM di pejabat beliau pada Rabu, jam lebih kurang 6.08 petang. 

  • oleh
  • Advertisement