Anda di sini

Gia Coppola dapatkan khidmat keluarga untuk filem baharu

 Gia Coppola (kanan) bersama (dari kiri) penulis lakon layar Tom Stuart dan aktres AS Maya Thurman-Hawke semasa menghadiri sesi bergambar untuk filem ‘Mainstream’ yang ditayangkan dalam pertandingan Orizzonti Festival Filem Venice ke-77, pada 5 September lepas di Venice Lido. — Gambar AFP
DI VENICE: Gia Coppola (kanan) bersama (dari kiri) penulis lakon layar Tom Stuart dan aktres AS Maya Thurman-Hawke semasa menghadiri sesi bergambar untuk filem ‘Mainstream’ yang ditayangkan dalam pertandingan Orizzonti Festival Filem Venice ke-77, pada 5 September lepas di Venice Lido. — Gambar AFP

DATUKNYA Francis Ford Coppola telah membuat ‘The Godfather’, jadi ia tidak mengejutkan bahawa keluarga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan Gia Coppola dan kariernya yang semakin mekar sebagai seorang pengarah.

Sebagai anak saudara kepada Sofia Coppola – yang mengarah filem ‘Virgin Suicides’ dan ‘Lost in Translation’ - Gia Coppola menghabiskan kebanyakan waktu pada zaman kanak-kanaknya di set penggambaran ibu saudaranya.

Dan ia jelas mempengaruhinya.

Tayangan bagi ‘Mainstream’, satiranya mengenai YouTuber dan budaya ‘influencer’ media sosial yang selalunya toksik, habis ditempah di Festival Filem Venice sebelum anda dapat berkata klik untuk melanggan.

Dan pada kali ini, tiket paling panas di festival itu tidak mengecewakan, dengan lakonan yang memukau oleh pelakon British Andrew Garfield sebagai seorang petualang berkarisma yang menjadi sensasi dalam talian.

- ‘Mangsa kepada pengesahan’ -

Dibuat daripada naluri hati, dan menggunakan emoji serta muslihat grafik YouTuber sendiri – pelakon wanita utama memuntahkan hati yang retak apabila teman lelakinya curang dengannya – Coppola berkata dia rasa terdorong untuk mengingati apa yang dia saksi di sekelilingnya.

“Seorang rakan saya mewakili para ‘influencer’ dan saya tidak memahaminya. Dia kata mereka begitu beraliran utama tetapi aliran utama belum lagi memahaminya,” kata Coppola kepada AFP.

“Orang ini mempunyai jutaan pengikut dan impak amat besar. Saya ingin tahu tentang kuasa yang dapat dipegang oleh orang ini.

“Semua soalan ini tentang bagaimana kita adalah mangsa pengesahan menerusi ‘suka’ dan apa yang merangkumi populariti berkisar di dalam kepala saya” ketika dia menulis skrip, tambahnya.

“Adakah kita mahu bersatu atau adakah kita akan mementingkan diri dan membuli?” dia bertanya.

“Terdapat banyak perasaan asing dalam iklim budaya sekarang, dan di mana anda berada dalam media sosial,” kata wanita berusia 33 tahun itu.

- ‘Seronok bekerja dengan keluarga’ -

Garfield tiada hubungan kekeluargaan dengan Coppola tetapi ia kadang-kadang rasa seperti semua orang lain yang terlibat dalam filem itu ada kaitan dalam satu segi atau segi lain kepada kerabat diraja Hollywood.

Maya Hawke, anak sulung Uma Thurman bersama Ethan Hawke, adalah nadi filem itu, penjaga bar Generasi Z yang mengalami masalah dan cuba berjaya sebagai seorang YouTuber.

Selepas dia berjumpa dengan Garfield, bintang ‘Stranger Things’ terbitan Netflix itu mendapat bantuan daripada seorang ‘svengali’ dalam talian lakonan Jason Schwartzman (sepupu Coppola, dan anak lelaki tonggak ‘The Goldfather’ dan ‘Rocky’, Talia Shire, yang dilahirkan sebagai Coppola).

Ibu Coppola, Jacqui de la Fontaine, membuat reka bentuk kostum.

“Ia adalah seronok untuk bekerja bersama keluarga anda, terutamanya Jason,” kata Coppola kepada AFP, yang mendapatkan sekumpulan anggota keluarga Klimer untuk filem sulungnya yang diterima baik pada 2013 berjudul ‘Palo Alto’.

“Kami membuat filem kecil dan kami mahu membuat sebuah keluarga yang kecil daripadanya,” tambah pengarah itu, dengan rakannya Autumn Durald di sebalik kamera bagi kedua-dua filem tersebut.

Seperti ‘Palo Alto’, dengan latar bandar California yang memberikan beberapa nama terbesar di Silicon Valley kepada dunia, ‘Mainstream’ boleh dianggap sebagai sebuah perumpamaan bagi apa yang berlaku apabila seorang gadis baik berjumpa dengan seorang budak lelaki jahat.

“Ia adalah cerita lama bagi wanita, tetapi ia adalah benar. Apabila anda mencintai seseorang dan anda mahu dicintai, dan anda melepaskan moral anda dan naluri hati anda untuk menumpukan tenaga anda kepada seseorang. Apabila orang itu berbahaya, ia menjadi menakutkan,” katanya.

Coppola menegaskan cerita ini bukannya diambil daripada kehidupannya sendiri.

“Saya tidak ada pengalaman dengan lelaki berkarisma yang berbahaya, tetapi saya suka dengan watak-watak sedemikian di dalam filem.

“‘Palo Alto’ rasa seperti sebuah cerita tentang remaja anda yang menjadi matang dan ini bagi saya rasa seperti sebuah cerita kematangan pada usia 20an anda,” tambahnya.

“Saya tidak membuat filem demi filem. Ia adalah di mana saya berada dahulu dalam hidup saya. Saya hanya dapat bekerja dengan perkara yang ada kaitan dengan saya.” — AFP

Advertisement