Anda di sini

Suspek serangan di Birmingham ditangkap

Advertisement
 Gambar serahan Polis West Midlands kelmarin me-nunjukkan Billington yang mati ditikam di tengah Birmingham, tengah England pada Ahad lalu. — Gambar AFP
MALANG: Gambar serahan Polis West Midlands kelmarin me-nunjukkan Billington yang mati ditikam di tengah Birmingham, tengah England pada Ahad lalu. — Gambar AFP

LONDON: Pihak polis kelmarin menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh selepas siri serangan di Birmingham, bandar kedua di Britain, yang menyebabkan seorang terkorban dan tiga orang mengalami kecederaan kritikal akibat ditikam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan dalam serbuan awal subuh di kawasan Selly Oak selepas serangan rambang di sekitar pusat bandar awal pagi Ahad.

Lelaki yang terbunuh dinamakan sebagai Jacob Billington, 23, yang keluar bersama rakan-rakan ketika diserang dengan kejam.

Dalam satu kenyataan, keluarganya menyatakan mereka kecewa kerana ‘cahaya hidup’ mereka telah tiada, sambil menambah: “Jacob seorang yang lucu, penyayang dan menarik yang disayangi semua orang.”

Tujuh lagi mangsa tercedera, termasuk salah seorang rakan Billington, juga berusia 23 tahun yang kini dalam keadaan kritikal di hospital.

Seorang lagi lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita berusia 22 tahun yang diserang di kawasan lain di pusat bandar, turut berada dalam keadaan kritikal di hospital, menurut polis.

Suspek pembunuhan masih dalam tahanan kerana disyaki membunuh dan tujuh tuduhan bagi cubaan membunuh, menurut mereka, sambil menambah tiga lagi telah ditangkap di alamat yang sama kerana disyaki membantunya.

Serangan berlaku di empat lokasi berasingan di pusat bandar yang sibuk di antara jam 12.30 dan 2.30 pagi waktu tempatan Ahad lepas.

Salah satu kawasan tersebut adalah di tengah Gay Village di Birmingham namun pegawainya menolak satu jenayah kebencian.

Mereka turut menolak sebarang kaitan dengan keganasan kumpulan samseng atau terorisme.

“Kami sedang bekerja keras untuk membongkar punca kepada serangan rambang tersebut,” kata ketua polis Steve Graham.

“Kami tidak mempunyai cadangan bahawa motif sama ada bersifat perkauman, homofobia atau berkaitan dengan kumpulan samseng.”

Britain berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas dua kejadian tikaman besar-besaran di London pada tahun lepas yang menyaksikan anggota polis bersenjata menembak mati kedua-dua penyerang, ekstremis yang disabitkan bersalah dan dipenjara namun telah dibebaskan lebih awal.

Pada Jun, seorang lelaki telah didakwa dengan pembunuhan selepas tiga mangsa mati ditikam di sebuah taman di Reading, barat London, dalam satu serangan di bawah siasatan polis antikeganasan.

Enam orang, termasuk seorang anggota polis, kemudian tercedera di sebuah hotel yang menempatkan pemohon suaka di bandar Glasgow di Scotland.

Polis bersenjata telah menembak mati suspek penyerang.

Kejadian tikaman di England dan Wales meningkat sebanyak enam peratus pada tahun tersebut hingga hujung Mac, menurut kepada Pejabat Statistik Negara.

Birmingham salah satu bandar paling banyak etnik di Britain dengan populasi lebih sejuta orang dan mempunyai sejarah keganasan kumpulan samseng terbaharu.

Perdana Menteri Boris Johnson dan Setiausaha Dalam Negeri Priti Patel telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berterima kasih kepada perkhidmatan kecemasan, yang mengumumkan insiden besar dalam respons terhadap serangan. — AFP

Advertisement