Anda di sini

Korea Selatan dibadai Haishen

Advertisement
 Ombak tinggi menghempas pesisiran pantai ketika Taufan Haishen mendarat di bandar pelabuhan tenggara Busan, semalam. — Gambar AFP
DIBADAI HEBAT: Ombak tinggi menghempas pesisiran pantai ketika Taufan Haishen mendarat di bandar pelabuhan tenggara Busan, semalam. — Gambar AFP

SEOUL: Taufan Haishen membadai kuat Korea Selatan semalam selepas melanda selatan Jepun dengan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan empat hilang dalam kejadian tanah runtuh.

Setengah juta orang terputus bekalan elektrik selepas Taufan membadai melepasi pulau utama Kyushu yang paling selatan di Jepun, menerbangkan bumbung rumah dan menurunkan hujan sehingga satu meter dalam masa sehari.

Pekerja penyelamat memeriksa di antara lumpur dan puing selepas satu kawasan tepi bukit runtuh di pedalaman Miyazaki.

Sekurang-kurangnya dua kematian lagi telah dilaporkan semasa ribut, kata beliau, walaupun punca adalah masih belum diketahui, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu wartawan di Tokyo.

Haishen, yang muncul selepas satu lagi serangan taufan yang sangat kuat melanda Okinawa pada Sabtu lepas dan bergerak ke utara sepanjang kelmarin.

Kira-kira 1.8 juta orang diseru agar mencari tempat perlindungan kerana bimbang angin selaju 200 kilometer sejam itu akan menyebabkan ketegangan pada stok perumahan kayu di Jepun.

Pada waktu tengah hari semalam, taufan itu bergerak ke Korea Selatan, memaksa pembatalan beratus-ratus penerbangan dan menyebabkan tanah runtuh.

Lampu isyarat dan pokok tumbang di dalam dan sekitar Busan, jalan raya yang ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus bagi ribuan rumah.

Haishen telah bergerak ke bahagian timur semenanjung ke arah Laut Jepun, dikenali sebagai laut Timur di Korea, telah kehilangan sedikit kekuatannya, namun masih membawa angin sehingga 126 kilometer sejam.

Haishen telah diramalkan akan melanda sekali lagi di Chongjin, wilayah Hamgyong Utara di Korea Utara, kira-kira tengah malam, menurut kepada Meteorological Administration di Korea Selatan.

Di Jepun, Taufan Haishen telah membuat kemunculan kali pertamanya dirasai di satu rangkaian pulau selatan terpencil dan terdedah sebelum bergerak ke wilayah Kyushu.

Ketika ia menghampiri Kyushu pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan bagi 1.8 juta orang, dengan 5.6 juta orang lagi dimaklumkan akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Di tempat-tempat lain, penduduk menginap di hotel-hotel untuk berlindung dari serangan ribut.

Jepun mendesak agar bangunan perbandaran dan sekolah-sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan sementara semasa kecemasan.

Namun dengan kebimbangan bagi pandemik COVID-19, beberapa orang yang teragak-agak untuk berkumpul dalam jumlah yang ramai.

“Saya berasa bimbang mengenai jangkitan koronavirus.

“Kami mempunyai kanak-kanak kecil juga, maka kami tidak mahu orang lain untuk melihat kami sebagai masalah besar,” seorang lelaki tua di bandar Shibushi memberitahu NHK selepas mendaftar masuk sebuah hotel tempatan bersama tujuh ahli keluarga.

Ribut tersebut memaksa pembatalan hampir 550 penerbangan dan mengganggu perkhidmatan kereta api menurut pihak rangkaian.

Banyak kilang yang turut menghentikan operasi, termasuk tiga kilang yang dijalankan Toyota. — AFP

Advertisement