Anda di sini

Dua lelaki lepas, bebas tuduhan bunuh mekanik

Advertisement
 

MIRI: Dua lelaki terlepas hukuman mati setelah Mahkamah Tinggi pagi ini memerintahkan kedua-duanya dilepas dan dibebaskan dari tuduhan membunuh seorang mekanik, tiga tahun lalu.
    
Keputusan itu dibuat Hakim Dean Wayne Daly setelah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dalam kes ini.
    
Elvis Reynoldo Arit, 28, dari Jalan Pujut 4 dan Michael Dunggau, 29, dari Jalan Pujut 1, Kampung Sungai Adong di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
    
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan tuduhan pindaan, kedua-dua tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Fadrick Lukas, 18.
    
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama antara jam 10.15 malam hingga 10.45 malam di kawasan antara Lot 2563 dan Lot 2564 Desa Senadin Fasa 2 di sini.
    
Seramai 24 orang saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding perbicaraan dalam perbicaraan itu.
    
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillanny Siji. Manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Ranbir Singh dan Gurvir Singh.

  • oleh
  • Advertisement