Anda di sini

50 belia Tuaran sertai Kursus Pemasaran Online Agropreneur Muda

Advertisement
 Muhammad Ezri (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf ketika dimajlis berkenaan.
PRIHATIN: Muhammad Ezri (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf ketika dimajlis berkenaan.

TUARAN: Seramai 50 peserta belia dari kawasan Tuaran telah menyertai Kursus Pemasaran Online Agropreneur Muda.

Pengarah Unit Agropreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Muhammad Ezri Shamsuddin berkata, objektif kursus berkenaan adalah bagi melatih agropreneur muda membangunkan medium pemasaran dan strategi pemasaran secara online atau atas talian.

"Agropreneur muda ini akan didedahkan tentang strategi pemasaran, pemasaran secara online melalui media sosial serta Dropshipper.

"Saya ingin menyeru kepada semua belia di Sabah dan Malaysia untuk mengambil peluang untuk menyertai kursus yang diwujudkan ini," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Kembara Agropreneur Muda Sabah 2020 ke Tuaran di sini, semalam.

Beliau berharap golongan muda masa kini sentiasa menggunakan kemudahan Internet sebagai salah satu medium bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan.

Katanya, para belia yang menyertai kursus turut akan ditawarkan geran-geran melibatkan dalam bentuk bantuan peralatan sehingga RM20,000.

"Tuaran sahaja, seramai sembilan agropreneur muda telah menerima geran berkenaan sejak Januari 2016 sehingga Ogos 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM140,000.

"Untuk seluruh Sabah dalam tempoh yang sama, sejumlah RM7.79 juta geran telah disalurkan kepada 534 orang agropreneur muda," katanya.

Menurutnya, ramai dalam kalangan mereka sudah berjaya dan kini mampu menjana pendapatan yang mampan setiap bulan.

  • oleh
  • Advertisement