Anda di sini

'Malam Seribu Kenangan' imbau nostalgia silam

Advertisement
 Kumpulan sembang Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru ini, bersemangan]t menyanyikan lagu patriotik sempena program itu.
BERSEMANGAT: Kumpulan sembang Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru ini, bersemangan]t menyanyikan lagu patriotik sempena program itu.

* Lebih 200 berhimpun dalam Majlis Reunion Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru 2020

MAJLIS Reunion 'Malam Seribu Kenangan' Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru 2020 berjaya menghimpunkan lebih 200 penduduk Kg. Tanjung Aru Baru dari era 50-an hingga 90-an yang berlangsung di Ballroom Restoran Pak Andi Tanjung Aru Plaza pada 30 Ogos lalu.

"Malam ini penuh nostalgia, malam yang penuh bersejarah, acara yang pastinya akan membuka lembaran baharu kepada penduduk kampung yang terhimpun dalam satu kumpulan sembang WhatsApp ini.

 Azhar (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pangiran Allyuddin sebagai tanda penghargaan.
PENGHARGAAN: Azhar (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pangiran Allyuddin sebagai tanda penghargaan.

"Menceritakan latar belakang penubuhan kumpulan sembang Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru ini, pengerusinya Azhar Ahmad menjelaskan bahawa idea penubuhan persatuan yang belum berdaftar ini diilhamkan oleh seorang anak muda 'Penyeluru' iaitu Harun Nasib atau popular dalam kalangan rakan sebagai MJ.

Katanya, krisis COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu membuatkan masyarakat di dunia melakukan sesuatu yang di luar kotak, ini termasuklah pencetus idea Harun sendiri.

 Khalid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Halim Matusin.
DIHARGAI: Khalid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penduduk.

"Pada mulanya dia (Harun) menghubungi saya untuk mengetuai kumpulan ini yang  mana pada awalnya dia berhasrat untuk megumpul anak jati Kg. Tanjung Aru Baru era 80 an saja.

"Tetapi ada beberapa orang yang mencadangkan untuk mengumpul semua anak jadi Tg. Aru Baru dari era 50 an hingga 90 an.

 Awang Husaini (tiga kanan) bersama Azhar, Pengiran Allyuddin dan tetamu yang lain mengaminkan doa di majlis itu.
AMINKAN DOA: Awang Husaini (tiga kanan) bersama Azhar, Pengiran Allyuddin dan tetamu yang lain mengaminkan doa di majlis itu.

"Alhamdulillah dengan berkat usaha AJK yang ada pada malam ini, maka inilah hasilnya," jelas Azhar.

Katanya, dalam usaha dua bulan mereka telah berjaya mengumpul kira-kira 158 ahli.

Menurut Azhar, tercetusnya idea untuk menganjurkan majlis reunion ini adalah dari idea majoriti kalangan jawatankuasa kumpulan ini.

 Pengiran Allyuddin bersama barisan jawatankuasa dalam sesi berkaraoke.
SESI KARAOKE: Pengiran Allyuddin bersama barisan jawatankuasa dalam sesi berkaraoke.

Katanya, bermula mesyuarat pertama pada 5 Jun sehingga mesyuarat yang ke-7 yang juga terakhir pada 7 Ogos.

"Sebagai sebuah persatuan yang baharu, masalah mendapatkan dana amat merisaukan. Namun saya bersyukur ke hadrat Ilahi, line up ini adalah sekumpulan yang sangat berkebolehan terutama dalam mendapatkan dana.

 Barisan warga emas Kg. Tanjung Aru Baru menjamu salera bersama tetamu yang lain di majlis itu.
TETAMU ISTIMEWA: Barisan warga emas Kg. Tanjung Aru Baru menjamu salera bersama tetamu yang lain di majlis itu.

"Alhamdulillah, dengan kebolehan dan kerjasama semua AJK, malam ini akhirnya kita berjaya berkumpul dengan usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh semua AJK.

Katanya, beliau turut dibantu oleh dua timbalan yang mempunyai kepakaran tersendiri selain AJK yang berkebolehan di bidang masing-masing.

 Pengiran Allyuddin bersama barisan jawatankuasa dalam sesi berkaraoke.
SESI KARAOKE: Pengiran Allyuddin bersama barisan jawatankuasa dalam sesi berkaraoke.

"Cita-cita persatuan ini, selain menyambung silaturahim antara penduduk yang masih tinggal di kampung ini dan juga yang telah menetap di luar kawasan atau luar negeri adalah untuk mencari idea untuk memajukan penduduk di Kg. Tanjung Aru Baru ini," jelas Azhar.

Di majlis itu beliau turut merakamkan jutaan terimakasih kepada semua penyumbang-penyumbang dana sehingga majlis reunion ini berjaya dianjurkan dengan jayanya.

 Anak jati Kg. Tanjung Aru Baru merakamkan kenangan bersama.
KENANGAN: Anak jati Kg. Tanjung Aru Baru merakamkan kenangan bersama.

Ahli Parlimen P173 Putatan Awang Husaini Datuk Awang Sahari yang juga antara penyumbang dana adalah antara Tetamu Kehormat majlis reunion pada malam itu.

Majlis pada malam itu telah diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada generasi tua atau orang lama Kg. Tanjung Aru Baru, tayangan video, cabutan tiket bertuah dan persembahan karaoke.

 'Orang lama' Kg. Tanjung Aru Baru gembira dapat dipertemukan di majlis berkenaan.
BERSUA KEMBALI: 'Orang lama' Kg. Tanjung Aru Baru gembira dapat dipertemukan di majlis berkenaan.
  • oleh
  • Advertisement