Anda di sini

Majlis reunion jalin silaturahim antara generasi baru dan lama

Advertisement
MOHD ARIF HAJI PUDIN
MOHD ARIF HAJI PUDIN

MOHD Arif Haji Pudin, 60an, menyokong penuh penganjuran program Reunion 'Malam Seribu Kenangan' Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru 2020 yang berlangsung penuh meriah pada malam ini.

Acara sebegini memberikan kesempatan untuk generasi baharu Kg. Tanjung Aru Baru mengenali generasi terdahulu sebelum mereka, samada yang masih tinggal di kampung ini mahupun sudah tinggal di kawasan lain.

"Jadi ikatan silaturahim itu kita boleh dekatkan, manalah tahu dalam 2,3 hari lagi kita akan dipanggil pergi," katanya.

Katanya, kesempatan ini juga kita dapat menemui orang-orang lama yang sudah 10-20 tahun tak berjumpa.

"Klip video yang ditayangkan mengenai serba sedikit gambar-gambar lama suasana Kg. Tanjung Aru Baru pada masa-masa lalu pada majlis ini juga turut menyentuh perasaan kita.

"Tambahan dengan paparan beberpa wajah-wajah penduduk yang sudah pergi meninggalkan kita, sungguh amat menyedihkan," jelasnya.

MOHD ZULKERNAIN
MOHD ZULKERNAIN

Sementara itu Mohd Zulkernain Nazir Ahmad, 30an, melahirkan rasa gembira dapat berjumpa dan mengenali penduduk kampungnya baik dalam kalangan muda, pertengahan mahu pun yang tua.

Mohd Zulkernain  berharap program reunion seperti ini akan dapat diteruskan pada setiap tahun dan kalau boleh dapat mengumpul lebih ramai penduduk dan bekas penduduk Kg. Tanjung Aru Baru pada masa akan datang.

Menurutnya, penduduk Kg. Tanjung Aru Baru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang majoritinya penduduk tempatan adalah ramah mesra dan hidup dalam suasana aman dan harmoni.

"Saya rasa gembira dengan penganjuran majlis sebegini yang berjaya menghimpunkan ramai penduduk kampung dan membuka peluang kta semua saling kenal mengenali lebih dekat lagi," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement