Anda di sini

Dua rakyat Kanada didenda enggan guna pelitup muka dalam pesawat

Advertisement
 Orang awam menunggu untuk berlepas di sebuah lapangan terbang di Colombia. — Gambar AFP
GAMBAR HIASAN: Orang awam menunggu untuk berlepas di sebuah lapangan terbang di Colombia. — Gambar AFP

OTTAWA: Dua rakyat Kanada telah didenda sejumlah Can$1,000 (AS$765) setiap seorang kerana enggan menggunakan pelitup muka di dalam pesawat penumpang, menandakan sekatan pertama terhadap pelancong di negara ketika krisis koronavirus sedang berlaku, umum pihak kementerian pengangkutan pada Jumaat lepas.

Di bawah satu arahan persekutuan, semua pelancong harus memakai pelitup muka semasa menaiki pesawat, dalam pesawat dan ketika turun dari pesawat.

Dua kesalahan itu berlaku dalam pesawat domestik WestJet pada Jun dan Julai.

“Dalam kedua-dua insiden tersebut, individu tersebut telah diarahkan beberapa kali oleh kru pesawat agar memakai pelitup muka semasa penerbangan dan dalam kedua-dua kes, individu tersebut menolak,” menurut Transport Canada dalam satu kenyataan.

Pelitup muka telah menjadi harus di banyak tempat awam, dan terutama di dalam pesawat dan kereta api, sejak wabak koronavirus.

Setakat ini, Kanada telah merekodkan lebih dari 130,000 kes virus dan lebih dari 9,000 kematian. — AFP

Advertisement