Anda di sini

Mayat lima kanak-kanak ditemui di apartmen Jerman

Advertisement
 Anggota polis dilihat berkawal di hadapan sebuah bangunan apartmen selepas mayat lima kanak-kanak ditemui di bandar Solingen, kelmarin. — Gambar AFP
SIASAT: Anggota polis dilihat berkawal di hadapan sebuah bangunan apartmen selepas mayat lima kanak-kanak ditemui di bandar Solingen, kelmarin. — Gambar AFP

SOLINGEN, Jerman: Seorang wanita disyaki membunuh lima anaknya sebelum cuba membunuh diri dengan melompat di hadapan kereta api kelmarin, kata polis selepas beberapa mayat ditemui di dalam sebuah apartmen di Jerman.

Kanak-kanak tersebut di-temui di dalam sebuah bangu-nan apartmen persendirian di bandar Solingen di wilayah North Rhine-Westphalia, polis memberitahu AFP.

Mereka terdiri tiga kanak-kanak perempuan berusia satu, dua dan tiga tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan lapan tahun.

“Kami dimaklumkan sejurus sebelum jam 2 petang waktu tempatan bahawa lima kanak-kanak meninggal du-nia dan ini malangnya sudah disahkan,” kata jurucakap polis Stefan Weiand.

“Pada masa ini kami percaya bahawa ibu yang berusia 27 tahun itu kelihatan sebagai bertanggungjawab,” tambahnya.

Si ibu kemudian melompat ke bawah sebuah kereta api di Duesseldorf, kira-kira 35 kilometer jauhnya, dan me-ngalami kecederaan serius, menurut Weiand.

Anak keenam, budak lelaki berusia 11 tahun, terselamat tanpa sebarang kecederaan dan sedang dijaga oleh keluarganya.

Polis dalam satu kenyataan berkata mereka dimaklumkan mengenai kes itu oleh nenek kanak-kanak tersebut di daerah berhampiran Moenchengladbach, yang baru-baru ini berhubung dengan anak perempuannya.

Si ibu tiada di apartmen ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, tambahnya.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa ubat digunakan dalam kematian kanak-kanak tersebut, Weiand berkata: “Kami sedang menyiasat ke arah perkara itu.”

“Punca kematian akan ditentukan melalui siasatan dan bedah siasat,” menurut kenyataan polis.

Budak lelaki berusia 11 tahun itu datang bersama de-ngan ibunya ke Duesseldorf, kata polis, dan kemudian meneruskan perjalanan bersendirian ke rumah neneknya di Moenchengladbach.

Ia adalah tidak jelas se-kiranya dia menyaksikan cubaan membunuh diri oleh ibunya.

“Pada masa ini kami hanya boleh menjangkakan itu, kami belum tahu dengan pasti,” kata Weiand, sambil menambah bahawa polis masih mencuba untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Wanita itu diselamatkan dari antara dua landasan kereta api dan dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan, kata perkhidmatan kecemasan Duesseldorf di Twitter.

Beberapa anggota polis dapat dilihat di sekitar bangunan apartmen pada awal petang, bersama de-ngan beberapa ambulans dan kenderaan polis di sebuah kawasan yang ditutup.

Polis berkata lebih 40 anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian.

“Tragedi keluarga di Soli-ngen membuatkan saya berasa sangat sedih dan pada masa ini ingatan dan doa saya adalah bersama dengan lima kanak-kanak kecil yang nyawa mereka diragut dengan begitu teruk sekali,” Herbert Reul, menteri dalam negeri di wilayah North Rhine-Westphalia, memberitahu agensi berita DPA.

Solingen merupakan sebuah bandar dengan kira-kira 160,000 penduduk yang terletak tidak berapa jauh dari Duesseldorf dan Cologne.

Tim Kurzbach, datuk ban-dar Solingen, menulis dalam satu kenyataan di Facebook: “Saya berasa sangat terkejut dan sedih oleh berita bahawa lima kanak-kanak ditemui meninggal dunia di bandar kita.” — AFP

Advertisement