Anda di sini

Kru kedua ditemui selepas kapal karam akibat taufan di Jepun

Advertisement
 Gambar serahan Pengawal Pantai Jepun yang diambil pada Rabu menunjukkan anggotanya menyelamatkan seorang lelaki Filipina selepas sebuah kapal kargo karam akibat Taufan Maysak di luar Pulau Amami Oshima. — Gambar AFP
SELAMAT: Gambar serahan Pengawal Pantai Jepun yang diambil pada Rabu menunjukkan anggotanya menyelamatkan seorang lelaki Filipina selepas sebuah kapal kargo karam akibat Taufan Maysak di luar Pulau Amami Oshima. — Gambar AFP

TOKYO: Pengawal pantai di Jepun semalam berkata mereka menemui seorang lelaki yang terapung dalam keadaan terlungkup dan tidak responsif di laut ketika mereka mencari mangsa yang masih hidup dari sebuah kapal membawa 43 kru yang karam semasa taufan melanda.

Seorang mangsa terselamat setakat ini diselamatkan dari kapal tersebut, dan awal pagi semalam, sebuah kapal pengawal pantai “menemui seorang lelaki terapung dengan muka terlungkup di laut,” menurut satu kenyataan.

Ia masih belum jelas sekiranya lelaki itu, yang dikatakan “pengsan”, masih hidup kerana hanya seorang pegawai perubatan yang bertauliah boleh mengesahkan seseorang itu meninggal dunia di Jepun.

“Lelaki yang diselamat-kan... sekarang sedang dibawa ke pulau Amami Oshima, kira-kira 120 kilometer jauhnya,” tambah kenyataan pengawal pantai.

Lelaki itu ditemui ketika anggota pengawal pantai meneruskan pencarian untuk mangsa yang terselamat dari Gulf Livestock 1, sebuah kapal kargo membawa hampir 6,000 lembu, yang karam di luar pantai barat Jepun ketika Taufan Maysak melalui kawasan berkenaan.

Kapal itu menghantar is-yarat kecemasan pada awal Rabu, dan pengawal pantai berjaya menyelamatkan seorang mangsa masih hidup pada petang tersebut – seorang ketua pegawai Filipina yang ditemui dalam keadaan tenggelam timbul di laut terbuka dengan memakai jaket keselamatan.

Beberapa keping gambar dan video dramatik dikeluar-kan oleh pengawal pantai menunjukkan lelaki berusia 45 tahun itu terapung dalam keadaan gelap dan berjaya ditarik masuk ke dalam sebuah bot dengan menggunakan tali ketika anggota penyelamat berdepan dengan ombak yang bergelora.

Lelaki itu segera dibawa ke sebuah kapal yang lebih besar, di mana kakitangan pe-ngawal pantai yang memakai pelitup muka dan sarung tangan menutup badannya dengan selimut.

“Air,” kata lelaki itu, yang memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Filipina dalam video tersebut.

“Terima kasih. Saya seorang sahajakah? Tiada yang lain?” soalnya.

Lelaki itu memberitahu anggota penyelamat bahawa dia diarahkan memakai jaket keselamatan dan terjun ke dalam laut selepas peng-umuman amaran di atas kapal pada Rabu.

Dia berkata salah satu enjin kapal tersebut tidak berfungsi dan ombak kemudian menterbalikkan kapal itu, yang kemudian karam, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan.

Tidak ada maklumat me-ngenai bila dan di mana kapal itu tenggelam, namun lelaki itu berkata dia tidak melihat kru lain ketika menunggu untuk diselamatkan.

Sebuah bot getah dikesan pada Rabu di kawasan itu sudah diperiksa untuk mangsa yang masih hidup, namun pengawal pantai berkata mereka belum mengesahkan sekiranya ia mempunyai kaitan dengan kapal tersebut.

Pengawal pantai menyata-kan semalam mereka melihat bangkai lembu, dan menemui sepasang jaket keselamatan. Empat kapal pengawal pantai, sebuah pesawat kementerian pertahanan dan penyelam khas terlatih terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Jepun sekarang berada dalam musim taufan ta-hunannya, dan ribut kedua yang sangat besar sedang dalam perjalanan untuk sam-pai di kawasan yang sama pada Ahad ini, kata peramal cuaca tempatan – berpotensi mengehadkan masa untuk pengawal pantai meneruskan pencarian.

Kapal itu membawa seramai 39 kru dari Filipina, dua dari New Zealand dan dua lagi dari Australia, serta dalam perjalanan dari Napier di New Zealand ke pelabuhan Tangshan di China.

Ia pernah mengalami masalah enjin sebelum ini: satu laporan pemerhatian 2019 oleh pihak berkuasa Australia menyatakan kapal itu tidak dapat dikemudi untuk tempoh 25 jam selepas satu masalah dengan enjin utamanya ketika dalam perjalanan ke China.

Kementerian Industri Utama (MPI) di New Zealand kelmarin berkata ia meng-hentikan buat sementara waktu pengeksportan lembu hidup selepas kemalangan itu.

“MPI mahu memahami apa yang berlaku ketika pelayaran Gulf Livestock 1,” jelasnya. — AFP

Advertisement