Anda di sini

Pemandu e-hailing didakwa bunuh anak teman wanita

Advertisement
 B. Jeetendraj, didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh anak teman wanitanya berusia tiga tahun di sebuah pangsapuri di Kampung Sungai Kayu Ara, dekat Petaling Jaya, bulan lalu. — Gambar Bernama
DITUDUH: B. Jeetendraj, didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh anak teman wanitanya berusia tiga tahun di sebuah pangsapuri di Kampung Sungai Kayu Ara, dekat Petaling Jaya, bulan lalu. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh anak teman wanitanya berusia tiga tahun di sebuah pangsapuri di Kampung Sungai Kayu Ara, dekat sini, bulan lalu.

B. Jeetendraj, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh kanak-kanak lelaki itu di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenangan, Kampung Sungai Kayu Ara, di sini, pada  jam 11.45 malam, 21 Ogos lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha manakala tertuduh diwakili peguam R. Sivaraj.

Mahkamah menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia dan laporan bedah siasat. — Bernama

Advertisement