Anda di sini

Maysak badai Korea, ragut satu nyawa

Advertisement
 Penduduk memandang tiang elektrik yang tumbang selepas Taufan Maysak melanda di bandar pelabuhan tenggara Ulsan semalam. — Gambar AFP
ANGKARA MAYSAK: Penduduk memandang tiang elektrik yang tumbang selepas Taufan Maysak melanda di bandar pelabuhan tenggara Ulsan semalam. — Gambar AFP

BUSAN: Taufan kuat melanda kedua-dua negara Korea semalam, membunuh sekurang-kurangnya seorang individu di Korea Selatan, dan membanjiri jalan di sebuah pelabuhan di Korea Utara ketika ia bergerak ke bahagian atas semenanjung Korea.

Taufan Maysak – dinama-kan sempena satu perkataan Kemboja bagi sejenis pokok – tiba di daratan Busan di pantai selatan negara, dengan ribut selaju 140 kilometer sejam (ksj), yang menumbangkan tiang lampu trafik dan pokok serta membanjiri jalan.

Seorang wanita maut selepas ribut kuat memecah tingkap pangsapurinya di kota tersebut, manakala lebih 2,200 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara dan kira-kira 120,000 rumah terputus bekalan elektrik di bahagian selatan semenanjung dan di Pulau Jeju.

Taufan itu bergerak ke bahagian utara, menuju ke Laut Jepun, yang dikenali sebagai laut Timur di Korea, sebelum ia melanda daratan buat kali kedua sekitar jam 0200 GMT di Kimchaek, utara Korea.

Bencana alam cenderung memberi impak yang lebih besar di Korea Utara di-sebabkan oleh infrastruktur yang lama di sana, dan negara itu terdedah kepada kejadian banjir kerana hutan di kebanyakan gunung dan bukit sudah sekian lama ditebang.

Taufan itu membawa hujan lebat ke seluruh Korea Utara, dengan jumlah hujan keseluruhan dalam tempoh 15 jam sehingga 0300 GMT Khamis mencapai 385 mili-meter di bandar pelabuhan Wonsan di pantai timur negara tersebut.

Media kerajaan Pyongyang berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan menyiarkan laporan secara langsung mengenai keadaan yang berlaku, dengan satu siaran menunjukkan seorang pem-berita berdiri di atas jalan yang ditenggelami air di bandar pelabuhan tersebut.

Tetapi pihak berkuasa menarik balik amaran taufan mereka selepas taufan reda dan bergerak ke arah China.

“Taufan akan bergerak menerusi Musan dan me-ninggalkan negara kita,” kata seorang pegawai meteorologi kepada Korean Central Tele-vision.

“Saya tidak menjangkakan sebarang kesan.”

Di Jepun pula, penyelamat mencari sebuah kapal kargo dengan 43 orang di atas kapal yang dilaporkan membawa 5,800 lembu.

Kapal Gulf Livestock 1 me-ngeluarkan panggilan kecemasan pada malam kelmarin ketika ribut kuat dan hujan lebat dari Taufan Maysak membadai Laut China Timur.

Pasukan pengawal pantai Jepun berkata seorang individu setakat ini sudah dijumpai dalam pencarian itu, yang melibatkan empat kapal dan beberapa pesawat.

Maysak merupakan tau-fan kedua dalam tempoh seminggu yang melanda se-menanjung Korea.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada minggu lepas melawat sebuah wi-layah pertanian yang dilanda oleh Taufan Bavi dan me-nyuarakan kelegaan dengan kerosakan yang “lebih kecil daripada jangkaan”.

Pakar meteorologi berkata satu lagi taufan – Taufan Haishen – sedang menuju ke arah semenanjung Korea dan dijangka tiba di daratan pada pagi Isnin, dengan meramalkan ribut kuat selaju 144 ksj. — AFP

Advertisement