Anda di sini

Dakwaan pengkritik Putin diracuni cetus kemarahan pemimpin Barat

Advertisement
 Gambar fail diambil pada 26 Disember, 2019 menunjukkan Alexei Navalny               berdiri berhampiran dengan ejen penguat kuasa undang-undang di ruang depan sebuah pusat perniagaan yang menempatkan pejabatnya, Yayasan Anti-Rasuah (FBK), di Moscow. — Gambar AFP
KENA RACUN: Gambar fail diambil pada 26 Disember, 2019 menunjukkan Alexei Navalny berdiri berhampiran dengan ejen penguat kuasa undang-undang di ruang depan sebuah pusat perniagaan yang menempatkan pejabatnya, Yayasan Anti-Rasuah (FBK), di Moscow. — Gambar AFP

BERLIN: Para pemimpin Barat menuntut penjelasan dari Moscow kelmarin selepas Jerman berkata Alexei Navalny telah diracuni de-ngan agen saraf Novichok dalam usaha untuk “menye-nyapkan” ketua pembangkang di Rusia itu.

Pada bulan lepas pemimpin berusia 44 tahun itu menjadi mangsa terbaharu dalam barisan panjang pembelot dari Rusia dan pengkritik Presiden Vladimir Putin yang diracuni dalam keadaan mencurigakan, dan kini berada di hospital di Berlin.

Ujian perubatan dari makmal senjata kimia angkatan tentera Jerman telah memberi “bukti yang jelas” bahawa Navalny sakit disebabkan oleh Novichok gred tentera, sejenis racun yang mula-mula dibuat oleh Soviet Union pada hujung Perang Dingin.

Penemuan itu telah mendorong “beberapa perta-nyaan yang sangat serius dan hanya dapat dan mesti dijawab oleh Rusia sahaja”, kata Canselor Jerman Angela Merkel.

“Ia adalah pasti bahawa Alexei Navalny adalah mangsa jenayah,” tambahnya.

“Dia sememangnya hendak disenyapkan dan saya mengecam ini dengan kata-kata paling keras sekali.”

Berita itu mencetuskan pusingan kecaman yang baharu dari para pemimpin Eropah dalam hal yang sudah pun memburukkan lagi kete-gangan antara Rusia dengan dunia Barat.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata keracunan yang dialami Navalny “mengundang kemarahan”, manakala Menteri Luar Pe-rancis Jean-Yves Le Drian mengecam serangan itu sebagai “mengejutkan dan tidak bertanggungjawab”.

Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Le-yen mengkritik “perbuatan pengecut yang keji – sekali lagi”.

“Rakyat Rusia ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka dengan aman tanpa takut tentang sebarang jenis balasan, dan sudah tentulah tidak dengan agen kimia,” tulis jurucakap Majlis Ke-selamatan Negara Amerika Syarikat (AS) John Ullyot.

Ketua NATO Jens Stoltenberg mengecam penggunaan mengejutkan agen saraf gred tentera yang, menurutnya, menjadikan “siasatan lengkap dan telus” oleh Rusia lebih segera lagi.

Kementerian Luar Itali dan Menteri Luar Kanada Francois-Philippe

Champagne turut mengecam keracunan ke atas Navalny.

Agen saraf itu, dengan nama yang bermaksud “orang baharu” atau “pendatang baharu” dalam bahasa Rusia, dapat digunakan dalam wap, cecair atau serbuk yang sa-ngat halus.

Ia pernah digunakan ke atas bekas ejen talam dua muka Sergei Skripal di Bri-tain pada 2018, satu cubaan membunuh yang dunia Barat percaya telah diarahkan oleh Kremlin walaupun Rusia menafikannya.

Navalny jatuh sakit selepas dia menaiki pesawat di Siberia pada bulan lepas, dan pembantunya berkata mereka mengesyaki dia minum secawan teh yang dibubuh racun di lapangan terbang.

Dia pada mulanya menerima rawatan di sebuah hospital tempatan di Siberia, di mana doktor berkata mereka tidak dapat mengesan sebarang bahan toksik dalam darahnya, sebelum dia diterbangkan ke Berlin untuk rawatan khusus pada 22 Ogos lepas.

Kremlin, yang sebelum ini mempertikaikan kewibawaan doktor Jerman, berkata Rusia bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

Kedutaan Rusia di Berlin menyebut dalam satu kenyataan: “Kami menyeru kepada rakan-rakan kami untuk mengelak daripada mempolitikkan insiden ini dan bergantung sepenuhnya kepada fakta yang boleh dipercayai dan kami harap dapat dikemukakan secepat mungkin.”

Hospital Charite yang telah merawat Navalny melaporkan keadaannya semakin baik.

Tetapi peguam didikan Yale yang berkarisma itu, dan sudah menjadi ahli politik pembangkang yang terkemuka di Rusia kira-kira selama sedekad, masih ditempatkan dalam unit rawatan rapi dan masih menggunakan venti-lator.

Doktor berkata lama-ke-lamaan, badan dapat mengeluarkan agen saraf itu, yang mengganggu komunikasi antara otak, organ utama dan otot.

“Pemulihan dijangka lama. Ia masih terlalu awal untuk mengukur kesan jangka panjang yang mungkin timbul berhubung keracunan yang teruk ini,” tambah pihak hospital.

Hubungan antara EU de-ngan Rusia khususnya pahit buat masa sekarang, selepas kedua-dua pihak berbalah berhubung beberapa isu daripada tindakan Rusia merampas Crimea, soko-ngannya kepada pemimpin Syria Bashar al-Assad, selain dakwaan tentang campur tangan dalam pilihan raya.

EU sudah mengenakan sekatan yang menyasari seluruh sektor dalam ekonomi Rusia sejak 2014.

Dua tahun lalu, Kremlin turut dituduh mendalangi cubaan membunuh bekas ejen talam dua muka Skripal dan anak perempuannya di Salisbury, barat daya England, dengan menggunakan agen saraf Novichok.

Anak-beranak Skripal berada dalam keadaan koma selama beberapa hari sebelum mereka pulih tetapi penduduk tempatan Dawn Sturgess mati selepas dia mengutip sebuah botol wangi yang dibuang dan didakwa digunakan untuk membawa racun tersebut.

AS, negara anggota EU, NATO dan negara lain mengusir lebih 150 diplomat Rusia dalam tindakan bersepadu terhadap Moscow berhubung kes Skripal, yang mencetuskan reaksi yang sama oleh Moscow. — AFP

Advertisement