Anda di sini

Swinburne Sarawak tawar kursus keselamatan siber yang menyeluruh

Advertisement
 Makmal keselamatan siber di Swinburne Kampus Sarawak.
SIBER: Makmal keselamatan siber di Swinburne Kampus Sarawak.

KUCHING: Dengan segala urusan yang mampu dilakukan dalam talian, topik kese-lamatan siber atau ‘cybersecurity’ merupakan salah satu topik paling hangat dalam industri masa kini.

Urusan dalam talian membuka ruang kepada jenayah siber di mana penggodam menggunakan data pengguna untuk tujuan tertentu.

Oleh itu, terdapat permintaan yang tinggi bagi ahli profesional keselamatan siber untuk mencipta dan meng-uruskan serangan siber.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, sebahagian besar operasi perniagaan terpaksa dijalankan dalam talian dan rata-rata pekerja juga dikehendaki berkerja dari rumah.

Ini mengalakkan lagi penggodam melakukan jenayah siber kerana kebanyakan rumah tidak dilengkapi dengan sistem yang dapat memben-dung jenayah ini.

Justeru, keselamatan siber adalah amat penting dan pe-luang pekerjaan dalam sektor ini semakin meningkat.

Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) menawarkan kursus-kursus keselamatan siber yang menyeluruh melalui program sarjana muda dalam sains komputer, program sarjana dalam tek-nologi informasi dan program baharu yang akan datang iaitu diploma dalam sains komputer, kesemuanya dengan pengkhususan dalam bidang keselamatan siber.

Menurut Ketua Sekolah Informasi dan Teknologi Maklumat Swinburne Profesor Patrick Then, universiti itu komited dalam menawarkan pengajian keselamatan siber yang berkualiti tinggi melalui makmal yang serba canggih untuk memastikan para pelajar terdedah kepada aplikasi sebenar sekali gus menyediakan mereka untuk alam pekerjaan.

Universiti itu bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kelayakan akademik tetapi juga kelayakan profesional dalam bidang kese-lamatan siber.

Baru-baru ini, Swinburne Sarawak telah menganjurkan webinar keselamatan siber dengan ahli panel jemputan Pengurus daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Azurah Ibrahim dan Pengurus Kanan daripada Tecforte Sdn Bhd Leong Wei Khuan.

Dalam webinar tersebut, Azurah bercakap mengenai potensi kerjaya dalam bidang keselamatan siber dan berkongsi maklumat tentang program yang dianjurkan MDEC.

Sementara itu Leong pula bercakap tentang pengalaman industri beliau dan usaha mendidik generasi baharu dalam industri tersebut, di samping berkongsi tip dan panduan bagi mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.

Manakala Pensyarah Swinburne Dr Kelvin Yong turut berkongsi mengenai bidang tersebut dan bagaimana untuk menceburi industri itu.

Dr Kelvin mempunyai sijil dalam CompTIA Security+ dan beliau juga me-ngajar dalam ‘Cisco CCNA Cybersecurity Operation’ dan  ‘ELITE Security Operating Centre’.

Di Swinburne, beliau me-ngajar unit ‘eForensic Fundamentals’ dan ‘Network Security and Resilience’.

Mengulas tentang program keselamatan siber di Swinburne Sarawak, Dr Kelvin berkata ia adalah selaras dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan oleh industri dengan kerjasama industri seperti Tecforte dan MDEC.

Tambah beliau, program ini turut menyediakan pelajar untuk memperoleh sijil profesional yang diiktiraf daripada Tecforte dan Cisco.

Swinburne Sarawak kini menawarkan program Mula Dengan Bayaran Sifar atau ‘Start With Zero Fees’ untuk semua pelajar baharu.

Program eksklusif hanya untuk pengambilan Oktober 2020 ini melayakkan pelajar  menjalani kelas percubaan percuma selama dua minggu di kampus Sarawak di mana pelajar berpeluang meng-adaptasi diri dan melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran Swinburne.

Kelas untuk program pra-universiti (foundation) dan sarjana muda (degree) akan berlangsung masing-masing pada 5 dan 12 Oktober.

 Untuk pelajar baharu, mod pembelajaran adalah kombinasi dalam talian (online) dan secara bersemuka. Namun begitu, pelajar juga mempunyai pilihan untuk belajar secara dalam talian sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, biasiswa, pendaftaran dan sebagainya, hantarkan e-mel kepada [email protected].

 Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www.swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburne-sarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak). 

Advertisement