Anda di sini

Presiden Venezuela ampunkan 110 pemimpin pembangkang

Advertisement
 Aktivis politik Jose Daniel Hernandez mengendong anak perempuannya ketika meninggalkan Ibu Pejabat Perkhidmatan Perisikan Nasional Bolivaria, dikenali sebagai El Helicoide, selepas Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengampunkan lebih 100 anggota perundangan dan rakan pemimpin pembangkang Juan Guaido di Caracas kelmarin. — Gambar AFP
KEMBALI BEBAS: Aktivis politik Jose Daniel Hernandez mengendong anak perempuannya ketika meninggalkan Ibu Pejabat Perkhidmatan Perisikan Nasional Bolivaria, dikenali sebagai El Helicoide, selepas Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengampunkan lebih 100 anggota perundangan dan rakan pemimpin pembangkang Juan Guaido di Caracas kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro kelmarin mengampunkan lebih 100 anggota perundangan dan rakan kepada pemim-pin pembangkang Juan Guaido yang “bertujuan untuk mempromosikan per-damaian,” kata kerajaan.

Pembantu Guaido, Roberto Marrero dan anggota perundangan Gilber Caro dan Renzo

Prieto adalah antara nama yang dibaca oleh Menteri Komunikasi Jorge

Rodriguez secara langsung di televisyen negara.

Dekri presiden “berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan” selepas mahkamah “melaksanakan langkah segera untuk membebaskan nama-nama yang disebut,” kata Rodriguez.

Antara mereka yang ter-dapat dalam senarai 110 orang itu adalah anggota perunda-ngan pembangkang Freddy Guevara, yang melarikan diri ke kedutaan Chile di ibu negeri Caracas pada 2017 selepas mengetuai protes anti-kerajaan yang menyebabkan 125 orang terkorban.

Mahkamah Agung – yang dituduh memenuhi kehendak rejim – kemudian meng-arahkan dia tidak diberikan kebebasan untuk meninggalkan negara.

Seorang lagi yang diampun-kan adalah Henry Ramos Allup, ketua parti Tindakan Demokratik yang paling tua di Venezuela.

Di samping mereka yang ditahan, arahan itu termasuk mereka yang mempunyai kes kehakiman yang belum selesai, serta anggota perundangan pembangkang yang tinggal dalam buangan.

Pengumuman muncul sehari selepas Maduro berkata beliau menyokong langkah untuk membawa “perdamai-an” dan “dialog secara mendalam” di negara Amerika Selatan itu menjelang pilihan raya perundangan pada Disember.

Guaido dan pegawai kanan pembangkang sudah berikrar akan memboikot pilihan raya itu disebabkan oleh kekurangan ketelusan selepas Mahkamah Agung melantik pegawai pilihan raya – satu peranan yang sepatutnya dilakukan oleh majlis per-undangan yang dikawal oleh pembangkang. — AFP

Advertisement