Anda di sini

Maysak diramal jadi taufan paling kuat sebaik tiba di Korea Selatan

Advertisement
 
Gambar hiasan

SEOUL: Taufan Maysak bergerak lebih laju menuju ke Korea Selatan pada Rabu, menyebabkan negara dalam keadaan berwaspada dengan ramalan ia akan menjadi salah satu taufan paling kuat dalam beberapa tahun, lapor agensi berita Yonhap.

Taufan itu bergerak dengan kelajuan 19 kilometer sejam (kph) di laut sekitar 310 kilometer ke selatan Seogwipo di Jeju setakat 9 pagi, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Kelajuan angin maksimumnya ialah 45 meter sesaat.

Maysak diramal akan meningkatkan kelajuannya pada waktu malam pada kelajuan 31 kph ketika menghampiri negara dan mendarat di kawasan pesisir selatan di wilayah Gyeongsang Selatan pada awal Khamis.

Agensi itu berkata pada Selasa Maysak mungkin lebih kuat daripada Taufan Bavi yang melanda negara itu minggu lalu dan dijangka melalui laluan sama dengan Taufan Maemi, yang menyebabkan kerosakan harta benda kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 2003.

Agensi kaji cuaca meramalkan ribut tropika paling banyak mempengaruhi kawasan pesisir selatan dan timur negara itu bersama hujan lebat dan membawa angin kencang di kawasan darat juga. - Bernama 

Advertisement