Anda di sini

PSS tidak pinggir karier atlet

Advertisement
 Atlet-atlet golf Sarawak bersama ibu bapa dan pegawai Perbadanan Sukan Sarawak pada taklimat tawaran IPT di Kuching semalam.
TERBAIK: Atlet-atlet golf Sarawak bersama ibu bapa dan pegawai Perbadanan Sukan Sarawak pada taklimat tawaran IPT di Kuching semalam.

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) tidak meminggirkan karier atlet dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi menentukan pilihan kerjaya yang sesuai untuk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee berkata menerusi inisiatif Unit Projek Khas, PSS mengenai ‘Halatuju Kerjaya Atlet Sarawak’ di bawah penyelaras Ahmad Jumry Kassim dapat membantu atlet dalam melanjutkan pengajian.

“Ini bagi membantu atlet-atlet menentukan pilihan yang sesuai untuk karier mereka dalam sukan yang diceburi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelasnya, pada Jumaat lalu seramai 10 atlet golf Sarawak bersama ibu bapa dan lapan pegawai PSS mengikuti taklimat daripada UUM International School Melaka (UUMISM) di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini.

Dr Ong berkata, melihat tawaran itu ia sebagai satu daripada inisiatif memberi peluang kepada semua atlet mengambil sukan sebagai satu karier.

“Kita melihat dengan lebih mendalam serta menyediakan landasan untuk atlet-atlet melanjutkan pengajian dan menyediakan peluang pekerjaan selaras dengan objektif PSS menjadi ‘The Nation Sport Powerhouse’,” katanya.

Tambahnya, penglibatan atlet-atlet bersama ibu bapa dan pegawai dalam taklimat itu juga mendapat input mengenai program-program ditawarkan di UUM International School Melaka (UUMISM) dan pencapian atlet golf berada di bawah institut tersebut.

Menurutnya, UUM International School Melaka (UUMISM) menyatakan persetujuan untuk atlet-atlet mewakili Sarawak sekiranya atlet terbabit belajar di institut tersebut.

“Malah, ia turut menggalakkan atlet-atlet terbabit mewakili negeri serta negara ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya.

Di samping itu, beliau memberitahu UUM (Universiti Utara Malaysia) juga menawarkan pengajian untuk atlet-atlet golf khasnya. 

Pengurus PSS, Ahmad Rodzli berkata landasan ini amat sesuai membantu atlet-atlet tiada peluang melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi awam.

“Peluang ini juga memberi kesedaran kepada semua masyarakat tentang kelebihan bergiat aktif dalam sukan,” katanya.

Beliau memberitahu ibu bapa juga perlu memainkan peranan memberi peluang kepada anak-anak mereka bergiat dalam sukan serta menyokong hasrat mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

  • oleh
  • Advertisement