Anda di sini

Tiada aduan diterima mengenai Hurikan Laura, kata Trump

Advertisement
 Trump mengadakan pertemuan dengan ahli sukarelawanan yang berada di gudang tempatan di Lake Charles, Louisiana kelmarin. — Gambar AFP
LAWAT: Trump mengadakan pertemuan dengan ahli sukarelawanan yang berada di gudang tempatan di Lake Charles, Louisiana kelmarin. — Gambar AFP

LAKE CHARLES: Pada Sabtu lepas Presiden Donald Trump telah melawat Louisiana dan Texas, dilanda pada minggu ini oleh Hurikan Laura walaupun ribut itu tidak menimbulkan kerosakan teruk dan angka kematian seperti Hurikan Katrina pada 15 tahun lepas.

Sambil memakai topi merah ‘USA’, Trump mendarat di Lake Charles, sebuah bandar di Louisiana dengan seramai 80,000 orang yang mempunyai beberapa kilang penapis people petroleum  dan loji bahan kimia berhampiran Teluk Mexico.

Presiden tidak memakai pelitup muka di sebalik pandemik koronavirus di Amerika Syarikat melawat sebuah kawasan kejiranan dengan pokok-pokok yang tumbang dan rumah-rumah mengalami kerosakan, termasuk sebuah gudang.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) telah mengagihkan 2.6 juta liter air dan 1.4 juta makanan, menurut Trump, ketika beratus ribu orang mangsa ribut yang mengalami ketiadaan bekalan elektrik dan air paip.

“Saya masih belum menerima satu aduan,” kata Trump, mengucapkan tahniah kepada  pegawai persekutuan dan tempatan dalam satu sidang media di sebuah balai bomba.

“Louisiana telah melalui banyak kejadian dengan COVID dan seterusnya perkara ini, serta beberapa perkara lain. Kamu telah menjalankan tugas dengan baik,” beliau memberitahu para pegawai, yang termasuk Gabenor Demokratik John Bel Edwards.

Hurikan Laura melanda pantai Louisiana pada awal Khamis  sebagai ribut Kategori 4, membawa angin sekuat 150 batu sejam.

Ia telah dipersalahkan bagi sekurang-kurangnya 14 kematian di Louisiana dan Texas, dengan lebih separuh dari mereka dijangka oleh penggunaan mesin penjana mudah alih yang tidak betul, yang telah menghasilkan gas karbon monoksida.

Trump kemudian berlepas dengan helikopter ke sebuah bandar berhampiran Orange, Texas, bertemu dengan pegawai negeri bagi membincangkan responS mereka terhadap Laura.

Semasa satu taklimat, Gabenor Texas Greg Abbott menyatakan beliau percaya negeri tersebut mampu berdepan dengan Laura tanpa menyebarkan COVID-19.

“Kamu sedang membantu Texas untuk bangun semula,” Trump memberitahu gabenor berkenaan.

Hurikan Katrina, yang melanda Louisiana pada Ogos 2005, menyebabkan kegagalan menyeluruh terhadap sistem tetambak yang melindungi New Orleans yang berada di tanah rendah. Ribut tersebut membunuh sekurang-kurangnya 1,800 orang.  — AFP

Advertisement