Anda di sini

Tiga lagi maut tatkala keganasan meningkat di Colombia

Advertisement
 Anggota polis meniup trompet di sebelah beberapa keranda yang                     diperagakan sebagai sebahagian daripada protes terhadap keganasan di Colombia di mana beberapa pembunuhan berlaku sejak beberapa hari lalu di Medellin pada Isnin lepas. — Gambar AFP
PROTES KEGANASAN: Anggota polis meniup trompet di sebelah beberapa keranda yang diperagakan sebagai sebahagian daripada protes terhadap keganasan di Colombia di mana beberapa pembunuhan berlaku sejak beberapa hari lalu di Medellin pada Isnin lepas. — Gambar AFP

BOGOTA: Sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai hud membunuh tiga orang di barat laut Colombia, serangan terbaharu dalam gelombang keganasan selama dua minggu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 nyawa, kata polis kelmarin.

Pembunuhan berlaku pada lewat Khamis lepas berhampiran pekan Andes di bahagian  Antioquia apabila lelaki yang memakai hud memasuki sebuah ladang dan melepaskan tembakan, kata komander polis wilayah Kolonel Ever Gomez.

Dua mangsa terbunuh  serta-merta sementara mangsa ketiga meninggal dunia di hospital.

“Di kalangan mangsa adalah seorang budak berusia 13 tahun,” ujar Gomez.

Beliau berkata pembunuh “melepaskan tembakan tanpa mengucapkan sepatah kata.

Keganasan berleluasa di beberapa bahagian di negara Amerika Selatan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang terkorban sejak 11 Ogos.

Pihak kerajaan menuduh kumpulan bersenjata yang dibiayai oleh pengedaran dadah sebagai dalang di sebalik pembunuhan itu. Ia adalah salah satu peningkatan pa-ling besar dalam keganasan sejak kerajaan menandata-ngani perjanjian damai de-ngan gerila haluan kiri FARC pada tahun 2016.

Namun negara itu, peng-eksport kokain terbesar di dunia, masih dibelenggu oleh perang saudara antara kumpulan bersenjata, termasuk anggota penentang FARC yang menolak perjanjian damai termasuk pemberontak Marxis ELN yang masih berkuasa.

Satu misi damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Colombia, ditubuhkan bagi mengawasi perjanjian damai, mengecam keganasan dalam satu kenyataan pada 17 Ogos, menyatakan pada tahun ini sahaja ia merekodkan 33 kematian – dijelaskan sebagai pembunuhan tiga atau lebih ramai orang dalam satu tindakan pembunuhan.

Pembunuhan pada Khamis lepas adalah yang kesembilan dalam masa dua minggu.

Presiden Ivan Duque dan Peguam Negara Francisco Barbosa kelmarin mengumumkan bersama di Cali mengenai penangkapan dua pelaku yang disyaki dalam pembunuhan lima remaja kulit hitam di sebuah ladang tanaman tebu pada 11 Ogos.

Barbosa berkata tiga orang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan melepaskan tembakan ke arah kumpulan remaja itu yang memasuki ladang mereka untuk memakan tebu.

Barbosa berkata remaja lelaki tersebut dibunuh “dalam tindakan yang sangat kejam.”

Suspek ketiga masih dalam buruan, kata polis. — AFP

Advertisement