Anda di sini

Satu spesies ikan laga ‘Betta nukuhon’ ditemui kawasan Banjaran Crocker

Advertisement
 Ikan laga ‘Betta nukuhon’ telah ditemukan di kawasan Banjaran Crocker.
SPESIES BAHARU DITEMUI: Ikan laga ‘Betta nukuhon’ telah ditemukan di kawasan Banjaran Crocker.

SANDAKAN: Satu spesies ikan laga baharu iaitu ‘Betta nukuhon’ telah ditemukan di kawasan Banjaran Crocker baru-baru ini.

Pegawai Penyelidik Jabatan Perhutanan Sabah Nur Syafiqah Shamsul Kamal yang bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Forever Sabah, dan menggambarkan spesies baharu ikan laga berkenaan sebagai Betta nuluhon, di mana ‘nuluhon’ bermaksud ‘bukit’ dalam dialek Dusun.

Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.

 Dengan penemuan B.nuluhon, (Betta nuluhon) Sabah kini mempunyai lima spesies ikan laga, semuanya endemik di Sabah.

Ahli taksonomi ikan tropika Dr Tan Heok Hui dari NUS yang juga merupakan pengarang bersama penerbitan Zootaxa menjelaskan, Borneo merupakan rumah kepada 700 spesies ikan air tawar, 53 peratus adalah endemik di Borneo.

Beliau menjangkakan beberapa spesies lagi akan dijumpai di Sabah dalam masa terdekat, menerusi kerjasama yang dijalankan bersama Pusat Penyelidikan Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah.

Ikan laga adalah ikan air tawar kecil yang tergolong dalam genus Betta, dengan pusat kepelbagaiannya di Asia Tenggara. Sebahagian 70 spesies ikan laga liar telah dinamakan secara saintifik.

  • oleh
  • Advertisement