Anda di sini

Celcom tawar tawaran eksklusif 63MILANG, lancar kempen ‘MeReka Merdeka’ Celcom

Advertisement
 (Dari kiri) Celcom Chief Emerging Business Officer T. Kugan K.Thirunavakarasu, Idham, Ketua Pegawai Kewangan Celcom Jennifer Wong dan Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Roy Ong menunjukkan pelitup muka unik yang direka di mana rakyat Malaysia boleh mereka dan menghantar pelitup muka kreatif menerusi kempen ‘MeReka Merdeka’.
UNIK: (Dari kiri) Celcom Chief Emerging Business Officer T. Kugan K.Thirunavakarasu, Idham, Ketua Pegawai Kewangan Celcom Jennifer Wong dan Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Roy Ong menunjukkan pelitup muka unik yang direka di mana rakyat Malaysia boleh mereka dan menghantar pelitup muka kreatif menerusi kempen ‘MeReka Merdeka’.

KUCHING: Demi semangat perpaduan dan saling menyokong dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Celcom Axiata Berhad (Celcom) meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-63 negara dengan dua inisiatif utama yang bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia dan mengekalkan kekukuhan perpaduan negara sebagai komuniti penyayang, terus maju dan bebas daripada pandemik yang sedang melanda.

 Mulai semalam, Celcom sebagai syarikat telekomunikasi yang prihatin kepada rakyat Malaysia, menawarkan tawaran eksklusif 63MILANG (GEMILANG) dan mengajak semua untuk bersama-sama mereka corak pelitup muka yang unik melalui kempen ‘MeReka Merdeka’ Celcom.

 Sempena ulang tahun ke-63 Kemerdekaan Malaysia, tawaran 63MILANG Celcom yang eksklusif melalui aplikasi Celcom Life, memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63 sen, data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 63GB percuma sehingga tiga hari untuk pelanggan prabayar Celcom Xpax.

“Selain itu, pelan pascabayar keluarga Celcom MEGA ™️ dapat menikmati fleksibiliti pilihan untuk ‘Mix & Match’ mana-mana dua model telefon pintar secara percuma dengan pelan pascabayar mereka. 

“Selain itu, dengan sokongan rangkaian dan teknologi, melalui kerjasama kempen ‘MeReka Merdeka’ yang dijalin antara Celcom dengan Earth Heir, dapat menyatukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghasilkan rekaan pelitup muka sekali gus menjana pendapatan tambahan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Pelitup muka yang terpilih akan dihasilkan dan dijual dalam pasaran tempatan dan hasil penjualan pelitup muka akan disalurkan terus kepada pereka pelitup muka tersebut.

 Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi berkata walaupun sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 tahun ini adalah berbeza, namun Celcom, sebuah organisasi tempatan, ingin menyatukan rakyat Malaysia dengan tawaran eksklusif Hari Merdeka melalui rangkaian 4G yang terluas serta memberi peluang untuk memperoleh pendapatan daripada kreativiti dalam mereka pelitup muka, selain menjaga keselamatan dan kekal berhubung.

 “Selain terus mematuhi peraturan ketika melakukan aktiviti sosial sepanjang sambutan ini, Celcom membolehkan pelanggan kekal selamat dan terus berhubung melalui tawaran yang luar biasa.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan tahun ini, pelanggan Celcom dapat menikmati pelbagai tawaran eksklusif selain dapat memiliki telefon pintar Samsung Galaxy Note20 5G terbaru pada harga 63 sen, ‘Mix & Match’ mana-mana dua telefon pintar percuma untuk keluarga dan orang tersayang serta 63GB Internet berkelajuan tinggi dengan Celcom Xpax,” katanya.

Mulai 27 Ogos 2020, semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom dapat menikmati tawaran 63MILANG Celcom eksklusif sepanjang tempoh ini.

Antaranya, pada 27 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom yang aktif berpeluang membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note20 5G terbaharu dengan harga 63 sen setiap hari! Pelanggan boleh mendaftar mana-mana pelan Celcom, memuat turun dan log masuk Aplikasi Celcom Life, klik pada ‘Tawaran 63MILANG’, diikuti dengan memasukkan entri harian mereka dengan menekan butang ‘Sertai Sekarang’.

Manakala pada  27 Ogos 2020 hingga 30 September 2020 - pelanggan prabayar Celcom Xpax dapat menikmati data Internet berkelajuan tinggi 63GB percuma selama dua  hari apabila mereka melanggan Pas Internet tujuh hari atau 14 hari. Manakala Pas Internet 30 hari membolehkan mereka menikmati data internet berkelajuan tinggi 63GB percuma selama tiga hari. Tawaran ini boleh didapati melalui just4ME ™ di aplikasi Celcom Life.

 Pada 29 Ogos 2020 hingga 31 Oktober 2020 – pelan keluarga Celcom MEGA ™ ‘Mix & Match’ membolehkan pelanggan memilih dua model telefon pintar secara percuma daripada pelbagai jenis termasuk VIVO Y50, OPPO A92, Samsung A51, Samsung A11 dan banyak lagi!

 Untuk maklumat lanjut tawaran 63MILANG Celcom, sila layari www.celcom.com.my/personal/merdeka-2020/gemilang-deals

 “Kami berasa terharu melihat rakyat Malaysia bersatu dalam usaha mengecilkan lekukan jangkitan sepanjang PKPP dilaksanakan dan Celcom, sebagai syarikat telekomunikasi yang bertanggungjawab, ingin memperkasakan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan kempen ‘MeReka Merdeka’ kami.

“Kempen tersebut menyediakan platform interaktif untuk rakyat, mereka corak dan menghasilkan pelitup muka sendiri serta berpelung menjana pendapatan tambahan, sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat demi kemakmuran negara dan bebas daripada wabak,” kata Idham.

 Dari 27 Ogos 2020 hingga 30 Oktober 2020, rakyat Malaysia dapat mereka cipta dan mengemukakan rekaan pelitup muka kreatif mereka melalui kempen ‘MeReka Merdeka’ Celcom.

Sebanyak 10 pelitup muka yang direka secara unik akan disenarai pendek dan pemilik atau pereka 10 reka bentuk pelitup muka akan ditawarkan ganjaran sebanyak RM2,000 seorang.

Pelitup muka yang disenarai pendek akan dihasilkan secara tempatan dan dijual di laman web Earth Heir di https://earthheir.com/ dan semua hasil penjualan disalurkan kepada pereka tersebut.

 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ‘MeReka Merdeka’ Celcom, sila layari https://www.celcom.com.my/personal/merdeka-2020/mereka-merdeka

 Sementara itu, filem ‘MeReka Merdeka’ Celcom menampilkan asal usul penciptaan pelitup muka n95 yang terkenal, Dr Wu Lien Teh dari Malaysia dan bagaimana beliau menangani wabak bahaya di Manchuria pada awal 1900-an.

Perjalanan Dr Wu selari dengan seorang wanita muda hari ini, dalam menempuh cabaran setiap hari semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana wanita tersebut memainkan peranan mereka bentuk pelitup muka yang unik di laman web Celcom ‘MeReka Merdeka’.

 

Selain itu, Celcom juga menawarkan tawaran istimewa untuk semua pelanggan sepanjang tempoh ini.

Pada 21 Ogos 2020 hingga 30 September 2020 - Peluang memenangi pulangan tunai 100 peratus atau e-baucar daripada Grab! Daftar untuk sebarang pelan pascabayar Celcom MEGA ™ di mana-mana Celcom bluecube, Celcom Online Shop atau Celcom Certified Partners kami. Eksklusif untuk pendaftaran dalam talian, dapatkan hadiah sehingga 1,600,000 mata Grab Rewards!

 

Sementara itu pada 12 Ogos 2020 hingga 16 September 2020 - pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh log masuk ke Aplikasi Celcom Life untuk menebus data tanpa had percuma selama tiga bulan untuk Snapchat dan merasakan keajaibannya serta bebas berkongsi momen dengan rakan dan keluarga tanpa perlu risau menggunakan data mereka. Dapatkan pek Prabayar Snapchat Xpax edisi terhad secara eksklusif di Celcom Online Shop https://shop.celcom.com.my/plans/prepaid/Xpax

 

Sehingga 31 Oktober 2020 - Nikmati pelbagai tawaran percuma dan hadiah dengan kandungan dan permainan digital dari Celcom’s Gempak Bonanza, melalui kod USSD dengan mendail *365*8#.

Pelanggan akan menikmati 1GB percuma untuk sebarang kandungan baharu yang dibeli di Google Playstore dan App Store; percubaan percuma satu minggu akses premium ke Viu; akses percuma selama tiga hari ke Big Win; Pulangan tunai 100 peratus untuk perlindungan insurans Aspirasi C-Protect dengan Program Bantuan Kewangan COVID-19, di bawah jaminan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad dan banyak lagi!

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati https://www.celcom.com.my/personal/merdeka-2020/gempak-bonanza

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran eksklusif Celcom, pelanggan boleh berkunjung ke web kami di www.celcom.com.my atau halaman Facebook dan Twitter Celcom.

Advertisement