Anda di sini

Lebih 50 warga Kpg Warisan jayakan program Jelajah Belia dan Beliau

Advertisement
 Warga Kpg Warisan ketika melaksanakan program mengutip sampah di pantai Kpg. Rampayan Laut.
KUTIP: Warga Kpg Warisan ketika melaksanakan program mengutip sampah di pantai Kpg. Rampayan Laut.

KOTA KINABALU: Program Jelajah Belia dan Beliau Kpg. Warisan Inanam telah berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lalu.  

Lebih 50 warga kampung menyertai ekspedisi ke pantai Kpg. Rampayan Laut pada Sabtu dan sungai Kpg Nahaba Kota Belud pada keesokan harinya (Ahad). 

Acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti sukaneka dan bina pasukan ini disulami dengan kerja amal membersihkan pantai. 

Acara Kpg. Warisan ini akan diteruskan setiap bulan untuk membina semangat kesatuan dan kemasyarakatan di kalangan warga kampung berkenaan.

Program turut dihadiri oleh penganjur iaitu Ketua Kampung Kpg. Warisan Manap Boleh, Pengerusi MPKK Iskandar Ahmad, Ahmed Jaidi Osman (SU MPKK), Muhammad Nor (Biro Ekonomi), Sharifah Sihah (Biro Belia), Rugaiya Abd. Patta (Biro Wanita) dan Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana.

 Merakamkan album kenangan selepas program mengutip sampah di pantai Kpg. Rampayan Laut.
KENANGAN: Merakamkan album kenangan selepas program mengutip sampah di pantai Kpg. Rampayan Laut.
  • oleh
  • Advertisement