Anda di sini

D-One-N Band bakal mencipta nama

Advertisement
 Pengurus D One N Band, Amat Jutrah (tengah) dan Komposer Maswani (dua kanan) bergambar bersama-sama artis D-One-N Band Koko, Asnawi, Dinal dan Nelma.
ALBUM: Pengurus D One N Band, Amat Jutrah (tengah) dan Komposer Maswani (dua kanan) bergambar bersama-sama artis D-One-N Band Koko, Asnawi, Dinal dan Nelma.

D-One-N Band tidak kurang hebatnya daripada artis-artis yang lain yang lahir dengan usaha anak tempatan yang bersungguh-sungguh memperagakan kehebatan mereka ke seluruh pelusuk rantau kepulauan Borneo ini khususnya di Sabah.

Pada ketika ini para artis kumpulan D-One-N Band telahpun menyiapkan lebih tujuh buah lagu yang tidak lama lagi akan menemui para peminat lagu-lagu tempatan.

Kumpulan D-One-N Band ini telah melantik Amat Jutrah Haji Musnih selaku pengurus.

Beliau seorang pesara kerajaan akan membawa para artis ini ke persada pentas di bidang seni suara hingga ke tahap lebih cemerlang.

Para artis ini adalah dipandu oleh seorang komposer anak tempatan iaitu Maswanie Maswan yang telah lama bergiat sebagai komposer sejak beberapa tahun yang lalu. 

Di bawah bimbingan beliau, di saat ini beliau sedang mengasah bakat yang sedia ada seramai empat orang artis yang mempunyai kemahiran serba boleh.

Pada majlis penyerahan sijil penghargaan kepada pengurus D-One-N Band Amat Jutrah berkata, bakat yang sedia ada yang dimiliki oleh para artis D-One-N Band akan dibawa ke puncak kejayaan dalam semua saluran sama ada menerusi acara pentas, majlis rasmi atau jemputan pelbagai majlis. 

Beliau memberikan suntikan semangat yang begitu tinggi bagi membawa D-One-N Band hingga berjaya. 

"Kuatkan disiplin dan kukuhkan kerjasama di antara satu dengan lain. Tanpa adanya sikap tersebut hasrat untuk berjaya kurang berkesan. 

"Di antara lagu-lagu yang telah dirakamkan adalah seperti Mengejar Mimpi, Takdir Kita, Cinta, Hilang, Tak Pernah Ku Lupa, Siapa Aku dan Sabah Di hati Ku," katanya.

Tambahnya, selaku pengurus band itu, D-One-N Band mempunyai studio sementara yang membolehkan mereka membuat rakaman di samping mereka yang ingin membuat rakaman dengan bayaran berpatutan.

Para artis dan ahli D-One-N Band terdiri daripada Asnawi Jipon berasal dari Papar sebagai pencipta lirik dan muzik, Mohd Shakirin Hamdan @ Koko berasal dari Tuaran penyanyi utama, Radinal Jipon @ Dinal berasal dari Papar sebagai pemain gitar utama, pencipta muzik dan lirik dan Nelma Aziri berasal dari Semporna selaku penyanyi kedua.

Manakala Maswani Maswan sebagai penubuh dan penasihat D One N Band juga selaku pengubah lirik dan muzik.

Segala latihan dan tunjuk ajar D One N Band semuanya di bawah kendalian Maswani Maswan. 

Advertisement