Anda di sini

Maxis melancarkan jenama baharu teknologi terbaik bantu rakyat, golongan perniagaan

Advertisement
 

KUCHING: Dalam masa dunia yang berubah didorong oleh kemajuan tek-nologi, Maxis semalam telah melancarkan jenama baharu teknologi terbaik bagi membantu rakyat serta golongan perniagaan dalam negara.

Menurut kenyataannya semalam, ia dilancarkan sempena ulang tahun ke-25 Maxis dan sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi agar terus sama melangkah ke masa depan dalam era digital yang berkembang pesat kini.

“Maxis akan melancarkan satu siri program digitali-sasi untuk individu dan perniagaan sepanjang tahun, sementara pelanggan juga dapat menantikan tawaran istimewa sempena perayaan ulang tahun berkenaan.

“Semangat ‘Terus Menerajui’ merangkumi perubahan, pertumbuhan, penemuan dan penyelesaian baharu melalui teknologi.

“Dengan itu, muncul identiti korporat baharu dan nilai-nilai yang didukung oleh Maxis dan warga kerjanya yang mendorong kami ke arah visi menjadi syarikat penyelesaian terpadu yang terkemuka di negara ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata sempena Hari Merdeka yang akan datang, tepat pada masanya untuk meraikan ne-gara yang selalu maju.

Maxis telah mempamerkan kisah-kisah inspirasi daripada individu dan perusahaan sosial yang bukan sahaja menunjukkan kemungkinan teknologi dan Internet dalam kehidupan.

“Tetapi pentingnya bagai-mana mereka memperkaya komuniti di sekitar mereka,” ujarnya.

Sebuah filem pendek untuk menggambarkan ia ditayangkan secara eksklusif kepada media semalam.

Pada masa yang sama, untuk meraikan 25 tahun teknologi perintis teleko-munikasi di Malaysia, Maxis juga melancarkan video yang memaparkan kejayaan yang mencetuskan banyak nostalgia.

Ini adalah masa yang kritikal untuk memanfaatkan kekuatan teknologi pada era norma baharu, jelas beliau.

Advertisement