Anda di sini

Boost komited mudahkan perusahaan kecil dan sederhana, mikro negara

 Aplikasi e-wallet, Boost membantu peniaga dan                    usahawan mikro dan PKS pulih dalam ekonomi negara yang kurang stabil masa kini.
BANTU: Aplikasi e-wallet, Boost membantu peniaga dan usahawan mikro dan PKS pulih dalam ekonomi negara yang kurang stabil masa kini.

KUCHING: Boost, sebuah aplikasi e-wallet komited memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro negara selaras dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek PENJANA Kerajaan.

Pihak Boost menerusi kenyataannya semalam me-ngumumkan bahawa penggabungan usaha berkenaan dengan kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digi-tal Malaysia  (MDEC) telah melancarkan Kempen E-dagang Mikro dan PKS.

“Usaha ini adalah untuk membantu agar perniagaan mereka dapat disesuaikan dengan keadaan semasa atau pada masa depan dan ber-upaya untuk pulih serta bertahan dalam keadaan norma baharu ini.

“Dengan e-dagang ia menjadi cara yang selamat dan senang untuk membeli keperluan dan gaya hidup, perniagaan perlu dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku pengguna agar tetap relevan.  

“Di sinilah Boost datang untuk menyokong dan melatih perniagaan untuk didigitalkan bagi mencapai pangkalan pengguna yang lebih luas sambil mempermudah proses pembayaran,” kata kenyataannya itu semalam.

Dengan dorongan ini diharapkan perniagaan akan menuju ke arah produktiviti dan pertumbuhan yang lebih besar dengan kelebihan tambahan menerima sokongan iklan dan promosi daripada Boost tanpa sebarang kos permulaan.

Bagi tempoh kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September depan, peniaga yang mengambil bahagian boleh menerima hadiah dan faedah bernilai sehingga RM1,500.

Selain itu, Boost juga akan membantu peniaga mendigi-tal dengan memperkenalkan mereka menerusi talian ke dalam talian (O2O) dengan membuat katalog e-dagang mereka sendiri.

Ciri tersebut disatukan oleh Boost Business Payment Link untuk membolehkan urus niaga dalam talian dilakukan dengan lancar.  

“Ini adalah langkah penting menuju transformasi di mana mereka dapat memusing semula model perniagaan yang ada dan terbukti bermanfaat sepanjang tempoh beberapa jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

“Boost Business Payment Link adalah inovasi baharu oleh Boost untuk para peniaga mengumpulkan pembayaran melalui e-mel, SMS atau WhatsApp.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Mohd Khairil Abdullah berkata, pihaknya me-minjamkan kepakaran untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif dan usaha kerajaan menerusi MDEC bagi akses kepada penyelesaian digital yang inovatif.

Tambahnya, Boost kini memiliki lebih daripada 7.6 juta pengguna setakat ini dan menawarkan perkhidmatan kewangan digital seperti pembiayaan mikro sebagai kemudahan tambahan untuk membantu UMKM membina semula perniagaan mereka.

Peniaga atau usahawan boleh memohon pembiayaan mikro sehingga RM20,000 melalui syarikat kerjasama Aspirasi, penyedia pembiayaan digital, tanpa pembayaran balik yang diperlukan untuk enam bulan pertama melalui Aspirasi Assist.  

Pada masa yang sama, Boost akan memberikan pulangan tunai khusus kepada pengguna Boost sepanjang tempoh kempen.  

“Pengguna akan mendapat pulangan tunai 20 peratus dengan perbelanjaan minimum RM10 apabila pembayaran dibuat menggunakan Boost Payment Link.  

“Pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam Dompet Rakan Mikro dan PKS, seterusnya pelanggan dapat menggunakan di mana-mana peniaga mkro dan PKS yang mengambil bahagian dalam kempen E-dagang Mikro dan PKS seluruh negara.

Untuk menyertai komuniti peniaga dan usahawan Boost mikro dan PKS, boleh mendaftar dalam talian di https://www.myboost.com.my/business/penjana-ms-me-ecommerce-campaign-e-w...

Advertisement