Anda di sini

Tiga anggota tentera ingkar arahan kuarantin

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

SIBU: Tiga anggota tentera berumur antara 23 dan 28 tahun ditahan kerana ingkar arahan kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berada di tempat awam di Jalan Channel di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata sepasukan polis yang menerima maklumat daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta pada jam 3.00 petang.

"Ketiga-tiga lelaki yang merupakan anggota tentera dari Kem 14, Jalan Oya di sini gagal memaklumkan dan memberi penjelasan berada di tempat awam iaitu di tepi jalan Channel dalam keadaan memakai gelang putih kurantin PKPP," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ketiga-tiga mereka masing-masing berasal dari Kota Bahru, Kelantan, Johor dan Melaka.

"Mereka baru tiba di sini dan seharusnya mematuhi arahan kuarantin di berek kem mereka namun sebaliknya mereka dilihat di pusat bandar, " jelasnya.

 Stanley berkata mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

"Kesemua dibebaskan dengan ikat jamin selepas siasatan awal dijalankan dan kes di bawah Seksyen 269 ​​Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta 342," tambah beliau.

  • oleh
  • Advertisement