Anda di sini

Program Khas Maal Hijrah 1442H/2020M di RTM

Advertisement
 

SAMBUTAN Maal Hijrah 1442H/2020M yang jatuh pada 20 Ogos ini, adalah acara kebesaran umat Islam dan memberi makna besar kepada syiar Islam menghayati detik penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah.

Keistimewaan Muharam juga kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan sebagai umat Islam mestilah berpegang kepada kenyataan lembaran hijrah itu hendaklah sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Walaupun menyambutnya dalam suasana norma baharu berikutan penularan Covid-19 masih berlaku di seluruh dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran utama siarannya, TV1, TV2 dan TV Okey terus optimis membariskan program-program khas bersesuaian bagi mengajak seluruh umat Islam sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari terutama pada sambutan awal tahun baharu hijrah ini.

Jangan lupa untuk menonton siaran langsung Forum Ambang Maal Hijrah, Doa Akhir dan Awal Tahun 1442H/19 Ogos 2020M pada 19 Ogos ini jam 6.00 petang.

Program siaran langsung khas terbitan RTM ini merupakan bual bicara dan bacaan doa juga awal tahun dalam takwim (kalendar) Islam.

Berikut adalah antara program-program menarik yang akan ditayangkan di  TV1, TV2 dan TV Okey pada sambutan Maal HIjrah tahun ini.

Doku Khas Maal Hijrah: Sentuhan Jiwa (20 Ogos 2020, 10.30 pagi)

Dokumentari terbitan JAKIM yang mengisahkan Mohd Sukor Ibrahim (OKU) yang berjaya memberi inspirasi, aspirasi dan motivasi kepada masyarakat bagi membuktikan setiap manusia layak berjaya dan bahagia  dalam kehidupan dengan syarat mempunyai keinginan untuk berubah.

Telemovie: Stesen Ke Daerah Qalbi (20 Ogos 2020, 11.05 pagi)

Menjadi amanah dan jujur adalah pesan arwah mak dan abah kami. Jika tidak kita umpama tiang berkayu rapuh, umpama besi landasan yang lebur dipertengahan jalan yang boleh menyasarkan gerabak yang lalu.

Pelakon: Fauziah Dato Ahmad Daud, Zul Huzaimi, Bohari Ibrahim, Akmal Ahmad, Roslan Madun, Tia Fatiha dan Neng Hayati.

Telemovie: Pendoa Yang Ikhlas (22 Ogos 2020, 9.00 malam)

Telemovie yang membawa pelbagai rasa tentang Pencipta, Ibu bapa, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Pelakon: Bohari Ibrahim, Fatimah Abu Bakar, Zahiril Adzim dan Adibah Nor.

Telemovie: Khutbah Terakhir (19 Ogos 2020, 10.05 pagi)

Kisah Ustaz Hidayat yang dipilih menjadi Imam sementara di Kampung. Segala tindakan dan perbuatan Ustaz Hidayat sering diperkatakan orang kampung terutama Tamam dan Sahak. Kes rumah Opah Besah dan rumah Sakinah di pecah masuk. Sejak adanya Imam Hidayat di kampung ada saja kejadian yang tidak diingini berlaku. Tamam menuduh semuanya angkara Ustaz Hidayat.

Pelakon: Haris Ismail, Ardell Aryana, Azhan Rani, Kazar, Ruminah Sidek, Norlia Ghani, Yaakob Aziz, Saifol Bahari Mohd Iman, Saiful Azwan Absul Aziz dan Adik Danish Hazriq.

Forum Perdana Khas Maal Hijrah 1442H (20 Ogos 2020, 9.00 malam)

Diskusi ilmu agama dan episod khas ini membawakan kupasan berkaitan sambutan Maal Hijrah bersama panel jemputan.

Mini Drama: Manusia Separuh Insan (19 Ogos 2020, 10.30 malam dan 20 Ogos 2020, 2.15 petang)

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

Mini Drama: Manusia Separuh Insan (20 Ogos 2020, 10.00 pagi dan 3.00 petang)

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan. Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

Telemovie: Bangkit (20 Ogos 2020, 8.00 malam)

Mengisahkan Kamal, anak yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang uzur. Dia berdepan dengan dilema apabila mereka dihalau keluar oleh tuan rumah sewa kerana gagal melunaskan sewa rumah. Ujian hidup mereka bertambah apabila ibunya hilang dari tempat penginapan mereka. pada masa sama keadaan berubah bila Kamal bertemu Hadi. Pelakon: Akmal Ahmad, Sabri Yunus, Tasha Shila, Issey Fazlisyam dan Ayie Hushairi Husain.

Advertisement