Anda di sini

‘Fresh Prince of Bel-Air’ bakal ‘hidup’ kembali sebagai sebuah drama lasak

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan aktor Will Smith mempromosikan filemnya ‘Bad Boys For Life’ di Paris pada 6 Januari 2020. ‘The Fresh Prince of Bel-Air’ bakal ‘dihidupkan’ semula sebagai sebuah drama lasak yang akan diterbitkan oleh Will Smith sendiri. – Gambar AFP
SITKOM KEGEMARAN: Gambar fail menunjukkan aktor Will Smith mempromosikan filemnya ‘Bad Boys For Life’ di Paris pada 6 Januari 2020. ‘The Fresh Prince of Bel-Air’ bakal ‘dihidupkan’ semula sebagai sebuah drama lasak yang akan diterbitkan oleh Will Smith sendiri. – Gambar AFP

‘THE Fresh Prince of Bel-Air’ akan ‘dihidupkan’ kembali sebagai sebuah drama lasak yang bakal diterbitkan oleh Will Smith sebagai penerbit eksekutif, penerbitan dagangan Hollywood melaporkan baru-baru ini.

Idea bagi ‘imaginasi semula’ zaman moden yang gelap bagi sitkom amat popular pada zaman 1990-an itu yang telah melancarkan karier Smith sebagai pelakon datang daripada peminat tegar Morgan Cooper, yang membuat penggambaran dan memaparkan trailernya sendiri selama empat minit pada tahun lepas.

Dua versi bagi trailer itu sudah ditonton lebih tujuh juta kali dan turut menawan hati Smith sendiri, yang berjumpa dengan Cooper pada tahun lepas dan memuji ideanya yang ‘bijak’.

“Morgan membuat trailer yang hebat sekali untuk ‘Bel-Air’ – idea yang bijak, versi dramatik bagi ‘The Fresh Prince’ untuk generasi seterusnya,” kata Smith dalam saluran YouTubenya ketika itu.

Menurut Hollywood Reporter dan Deadline, projek itu kini sedang diusahakan bersama syarikat Smith, Westbrook Studios, dan Universal TV, dan sedang dipromosikan kepada pelbagai platform penstriman termasuk Netflix.

Projek itu akan memaparkan episod dramatik selama sejam yang menceritakan kisah bagaimana watak Smith terbabit dalam satu pergaduhan dengan anggota kumpulan samseng Philadelphia sebelum dia dihantar untuk tinggal bersama ahli keluarga yang kaya di bandar pinggir Los Angeles yang mewah, Bel-Air.

“Saya membayangkan musim pertama sebagai baki bagi tahun sekolah menengahnya -  tiada masa yang lebih teruk bagi seorang budak untuk mendarat di tempat baharu, di tengah-tengah tahun persekolahan,” kata Cooper kepada Smith pada tahun lepas.

Trailer Cooper termasuk pertemuan pertama Will yang muda dengan watak popular dari siri asal, termasuk Jazz – alias Jazzy Jeff – di sebuah kedai rekod di Los Angeles.

Cooper akan turut sama menulis skrip, mengarah dan akan mendapat kredit sebagai penerbit eksekutif bersama, sambil bekerja di samping beberapa anggota asal pasukan kreatif ‘Fresh Prince’ dan pengarah program Chris Collins (‘The Wire’) menurut laporan.

Wakil-wakil Cooper dan Smith tidak segera membalas permintaan AFP untuk membuat kenyataan.

‘The Fresh Prince of Bel-Air’ bersiaran selama enam musim dari 1990-1996, dan menjadi hit global.

Ia mempamerkan bakat lakonan dan lawak Smith, ketika itu seorang penyanyi rap muda yang kemudian menjadi salah seorang bintang filem terbesar di Hollywood. – AFP

Advertisement