Anda di sini

599 geran tanah di serah bagi daerah Beluran, Telupid dan daerah kecil Paitan

Advertisement
 Shafie menyampaikan geran tanah kepada salah seorang penerima.
USAHA TANAH: Shafie menyampaikan geran tanah kepada salah seorang penerima.

 

BELURAN: Kerajaan negeri menyerahkan 599 geran tanah seluas 1,643.96 hektar (4,062.32 ekar) bagi daerah Beluran, Telupid dan daerah kecil Paitan.

 Sebanyak 599 geran tanah akan diserahkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal yang melibatkan 318 Geran Anak Negeri (NT) bagi daerah Beluran dan 281 geran bagi daerah Telupid.

Daripada 318 geran di daerah Beluran, sebanyak 107 geran tanah adalah dihasilkan melalui Program Pengukuran Pendudukan Anak Negeri (PANTAS) di Kampung Tankarason.

Manakala sebanyak 211 geran yang lain adalah melalui kelulusan permohonan tanah bersyarat NT yang melibatkan 30 perkampungan di sekitar daerah Beluran.

Antara perkampungan yang terlibat ialah Kampung (Kg.) Bayuk. Kg. Kuala Sapi, Kg. Muanad, Kg. Saraun, Kg. Kolapis, Kg. Ulu Muanad, Kg. Keliaga, Kg. Tampat, Pulau Jambongan, Sungai (Sg.) Kaindangan, Sg. Sabang. Sg. Sugut dan lain-lain.

Jumlah keluasan 318 geran tanah tersebut ialah 760.90 hektar (1,880.23 ekar).

Manakala bagi 281 Geran Anak Negeri (NT) di daerah Telupid, sebanyak 161 geran adalah dihasilkan melalui Program Pengukuran Pendudukan Anak Negeri (PANTAS) di Kg Berayung, Kg Mau dan Kg Taviu, dan sebanyak 120 geran lagi adalah melalui kelulusan permohonan tanah bersyarat NT yang melibatkan 15 perkampungan di sekitar daerah Telupid.

Antara perkampungan yang terlibat ialah Kg. Kaingaran, Kg. Bauto, Kg. Kiabau, Kg. Penimbanan, Kg. Taviu, Kg. Wonod, Kg. Miruru, dan lain-lain. Jumlah keluasan 281 geran tanah tersebut ialah 883.06 hektar (2,182.09 ekar).

Berdasarkan rekod Jabatan ini, sebanyak 17,742 geran tanah telah dikeluarkan di daerah
Beluran dan daerah Telupid. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14,715 geran (atau 83%)
adalah merupakan Geran Tanah Anak Negeri (NT/FR).

Dengan tambahan 599 geran tanah hari ini, jumlah geran tanah NT di daerah Beluran dan
daerah Telupid yang telah dikeluarkan geran tanah adalah sebanyak 15,314.

Dalam pada itu, Shafie dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Beluran dan Telupid berkata ini salah satu langkah urus baik bagi membolehkan usaha penyerahan tanah ini agar bejalan lancar yang mana kita adunkan sekali usaha kerajaan membantu menerusi Menteri Pertanian dan Makanan Negeri Sabah di bawah konsep blueprint yang ada.

“Untuk pastikan mereka ini bangunkan tanah yang ada dengan diurus sebaik mungkin.. Kita serahkan tanah ini kepada mereka agar dipandu oleh pihak berkenaan bagaimana untuk bangunkan tanah mereka.

"Seperti beri benih untuk tanaman yang boleh menjana hasil pendapatan dan sayur-sayuran yang boleh di pasarkan,” katanya.

Beliau berkata, ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan yang dilaksanakan sejak tahun lepas. Kita akan teruskan usaha ini dari masa ke semasa.

“Ada lagi permohonan dari beberapa perkampungan yang masih di tuntut oleh mereka sejak 20 tahun lalu.. Dan ini akan kita usahakan secepat mungkin,” tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement