Anda di sini

Penyerahan geran tanah berlangsung sejak tahun lalu

Advertisement
TERENCE
TERENCE

KOTA KINABALU: Penyerahan geran tanah yang disampaikan oleh pemangku Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah pun berjalan sejak tahun lepas lagi.

Bendahari Agung Parti Warisan Sabah Terence Siambun menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk

Jahid Jahim bahawa Mohd Shafie melakukan kesalahan pilihan raya dengan pemberian geran tanah kepada penduduk kampung.

Beliau berkata Jahid mungkin telah kehabisan isu sehingga perkara kecil sebegini turut dipolitikkan.

Terence menjelaskan Mohd Shafie mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk kampung dan ini menjawab persoalan mengapa penduduk di Pantai Timur Sabah sangat menghormatinya berbanding bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Menurut Terence, Mohd Shafie berusaha keras untuk duduk serta berbincang dengan mereka secara peribadi untuk mengetahui keadaan dan kesukaran mereka, maka beliau turun padang untuk membuat penyerahan itu secara peribadi kerana kegembiraan dan kebahagiaan yang dirasai penduduk memberinya kekuatan untuk terus memperjuangkan mereka.

Terence turut membandingkan keperibadian di antara Mohd Shafie dan Musa serta mempersoalkan bilangan penduduk kampung yang dapat berkomunikasi dengan beliau secara peribadi.

Mengenai dakwaan Jahid yang mengatakan PANTAS adalah idea Musa untuk mempercepat pengeluaran geran tanah, Terence memberi komen bahawa orang-orang kampung di seluruh Sabah berasa marah kerana hak mereka untuk memiliki tanah ditolak dan perkara ini gagal ditangani samada oleh PBS (1986 - 1994) mahupun Musa (2003 - 2012) lantas mempersoalkan siapa ketua menteri pada waktu terbabit.

Terence juga mengatakan bahawa cadangan Jahid agar Mohd Shafie disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya membuktikan bahawa Jahid benar-benar tidak tahu keadaan semasa di Sabah.

Beliau membangkitkan keadaan yang sama berlaku di negeri Sarawak di mana Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan baru sahaja menyerahkan geran tanah kepada penduduk kampung di Kampung Pueh, Sematan walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka akan berlangsung tahun ini.

Terence berkata sekiranya tindakan memberikan geran tanah merupakan kesalahan memancing undi seperti yang didakwa Jahid, jadi mengapa pemimpin tinggi pembangkang di Sarawak senyap dengan penyerahan geran tanah terbabit. 

Beliau menasihati Jahid untuk menjadi pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab dan menyatakan sukar untuk menyesatkan rakyat Sabah dalam era kebersambungan dan informasi masa kini.

  • oleh
  • Advertisement