Anda di sini

Memindahkan  anak  belajar ke sekolah berprestasi tinggi

Advertisement
"Banyak ibu bapa menganggap kemasukkan anak mereka ke sekolah yang berstatus tinggi   adalah sebagai  kebanggaan yang pasti"
"Banyak ibu bapa menganggap kemasukkan anak mereka ke sekolah yang berstatus tinggi adalah sebagai kebanggaan yang pasti"

IBU bapa mana yang tidak sayangkan anak dan yang tidak mementingkan pendidikan anak? Pendidikan merupakan satu satu perkara yang sangat mustahak pada setiap ibu bapa yang pentingkan masa depan anak-anak mereka. 

Tidak hairanlah banyak ibu bapa yang berkemampuan akan berlumba-lumba untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Ingin memindahkan anak  anda belajar di sekolah peringkat akademik yang lebih tinggi?

Suatu perkara yang lumrah atau terpaksa? Itu persoalannya apabila melihat kebelakangan ini kian ramai ibu bapa memilih memindah anak mereka  ke sekolah yang berprestasi  tinggi. 

Apakah kelebihan sekolah 'ini' berbanding sekolah 'itu'? Sudah terhakiskah keyakinan ibu bapa terhadap keupayaan sistem pendidikan di negara ini? Apakah para ibu bapa yang berkemampuan sudah hilang keyakinan kepada sekolah-sekolah kerajaan untuk menyerahkan anak mereka menimba pelajaran di sana?

 Banyak ibu bapa menganggap kemasukkan anak mereka ke sekolah yang berstatus tinggi   adalah sebagai  kebanggaan yang pasti.
KOLEJ: Banyak ibu bapa menganggap kemasukkan anak mereka ke sekolah yang berstatus tinggi   adalah sebagai  kebanggaan yang pasti.

Anda mungkin telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan anak anda mendapat semua yang terbaik yang dia perlukan di sekolah - sama ada  itu modifikasi, pengayaan, atau pengajaran alternatif. 

Meskipun pada satu ketika, anda mungkin bertanya-tanya, mengapa anda terus berusaha keras untuk mencari sekolah yang sesuai untuk anak anda supaya tidak merasa seperti orang luar?

Banyak ibu bapa menganggap kemasukkan anak mereka ke sekolah yang berstatus tinggi   adalah sebagai  kebanggaan yang pasti. Lebih lebih lagi apabila diketahui murid-murid ini boleh mendapatkan akses guru yang lebih baik, mendapat akses ke lebih banyak sumber, dan berpeluang belajar dari rakan sekelas mereka yang berkebolehan. 

Jelasnya, ibu bapa juga lebih sukakan kurikulum dan kaedah pengajaran di sekolah berstatus tinggi  yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, berbanding kurikulum tradisional  yang terlalu menekankan peperiksaan.

Banyak ibu bapa kuatir  kurikulum berteraskan peperiksaan hanya menyekat kreativiti minda pelajar, kemudian dengan mengasingkan pelajar dalam kelas berbeza mengikut keputusan peperiksaan. Bayangkan kesan kepada pelajar yang berada dalam kelas lemah selama 11 tahun.

Saya tidak bercadang bahawa pelajar yang 'berkebolehan  tinggi sedikit'   tidak boleh berpindah ke sekolah yang dikatakan  lebih baik. Dengan perubahan positif yang timbul dari langkah seperti itu, seperti guru yang lebih baik atau kemudahan yang lebih baru, mungkin idea yang baik masih boleh dilakukan pada akhirnya tetapi ibu bapa harus ingat bahawa peralihan juga akan membawa beberapa cabaran. 

Ibu bapa, dengan demikian diigatkan supaya berhati-hatilah kerana  anak mereka ternyata harus menghadapi perubahan status yang berlainan selepas pinta ke sekolah yang berstatus tinggi.

 Ibu bapa juga lebih sukakan kurikulum dan kaedah pengajaran di sekolah berstatus tinggi  yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, berbanding kurikulum tradisional  yang terlalu menekankan peperiksaan.
BIJAK: Ibu bapa juga lebih sukakan kurikulum dan kaedah pengajaran di sekolah berstatus tinggi  yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, berbanding kurikulum tradisional  yang terlalu menekankan peperiksaan.

Semasa di sekolah tradisional, anak mereka mungkin berada di puncak kelas; sekarang di sekolah berprestasi tinggi, disebabkan persaingan yang sengit,  mereka mungkin berkedudukan di tengah atau bawah, walaupun tahap kecerdasan mereka tidak berubah.  

Penurunan tingkat akademik ini akan secara signifikan meningkatkan risiko masalah akademik dan perilaku – satu satu  jenis masalah yang ingin dihindari oleh ibu bapa.

Bertolak dari keadaan sedemikian tentulah timbul persoalan tentang mengapa ibubapa yang berkemampuan itu masih memilih sekolah yang berstatus tinggi dan ‘meninggalkan’ sekolah kerajaan. 

Mahu tidak mahu semua pihak harus mengakui adanya kelemahan dalam sistem pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan. Pastinya kelengkapan pembelajaran di sekolah kerajaan tidak dapat menandingi kelengkapan yang ada di sekolah-sekolah berstatus tinggi.

 Secara amnya, anak-anak luar bandar pun berjaya dalam akademik dan ada pula yang belajar di universiti-universiti yang termasyhur.
SEGULUNG IJAZAH: Secara amnya, anak-anak luar bandar pun berjaya dalam akademik dan ada pula yang belajar di universiti-universiti yang termasyhur.

Di zaman sekarang, ibu bapa  mempunyai pilihan untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Sedari keperluan masyarikat yang kian 'cerewet', pelbagai usaha sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar sekolah di negara ini.

Pada tanda yang sama, saya  mengenali banyak keluarga yang berkemampuan, tetapi menegas untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tradisional saja di kawasan luar bandar dengan skor ujian rendah atau sederhana. 

Secara amnya, anak-anak mereka telah berjaya dalam akademik dan ada pula yang belajar di universiti-universiti yang termasyohor. Fikir fikirlah !

Advertisement