Anda di sini

Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau 

Advertisement
 Pesawat kargo Pos ACE selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau. 
TIBA: Pesawat kargo Pos ACE selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau. 

TAWAU : Penerbangan sulung pesawat kargo Pos Asia Cargo Express Sdn Bhd (Pos ACE) selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) dari Kuala Lumpur pada jam 11.45 pagi, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata syarikat Pos ACE yang merupakan anak syarikat Kumpulan Pos Malaysia merupakan pengendali operasi pengangkutan udara yang pertama untuk laluan Kuala Lumpur ke Tawau.

"Dengan adanya pengangkutan kargo udara itu dapat menyelesaikan permintaan penghantaran yang semakin banyak di daerah ini khususnya daripada industri perikanan dan bekalan makanan laut. 

"Pesawat kargo Pos ACE turut berkeupayaan untuk mengangkut pelbagai jenis barang mengikut permintaan daripada pelanggan," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau juga berkeyakinan, pihaknya akan melaksanakan tugasan tersebut dengan penuh dedikasi dan memastikan setiap jadual penerbangan lebih konsisten bagi menjamin kepuasan pelanggan.

"Melalui penerbangan terus ke Tawau yang dikendalikan oleh anak syarikatnya itu akan dapat meningkatkan kapasiti pengangkutan udaranya sehingga sekitar 30 peratus dari semasa ke semasa.

"Pelancaran laluan baru ini menandakan komitmen Pos ACE dalam meningkatkan hubungan dan rangkaian pengangkutan udara ke Malaysia Timur selain meningkatkan daya saingnya dalam industri kargo udara Malaysia," katanya.

 Syed memotong riben perasmian sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau.
RASMI: Pengarah Komersial Muhammad Abdul Jalil memotong riben perasmian sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau.

Menurutnya, Kumpulan Pos Malaysia juga terus memperluaskan rangkaian perniagaannya sebagai sebahagian daripada rancangan transformasinya.

"Kami optimis anak syarikat kami iaitu Pos ACE turut berkeupayaan memperluaskan jaringan pengangkutan udaranya di lebih banyak destinasi pada masa akan datang," katanya.

Terdahulu, laluan pesawat kargo Pos ACE Kuala Lumpur - Tawau akan beroperasi enam penerbangan dalam seminggu (Isnin hingga Sabtu) iaitu 24 penerbangan sebulan dengan menggunakan pesawat kargo Boeing 737-400 dengan kapasiti muatan seberat 18 tan. 

  • oleh
  • Advertisement