Anda di sini

Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sandakan sertai PCS

Advertisement
 Budung (tujuh, kanan) menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Cinta Sabah.
SERTAI: Budung (tujuh, kanan) menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Cinta Sabah.

SANDAKAN: Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sandakan Haji Budun Haji Muari menyatakan sokongan kepada Parti Cinta Sabah (PCS) yang disifatkannya sebagai parti alternatif pilihan rakyat Sabah.

Beliau yang juga mantan Ketua Unit Pengurusan Sekolah di Pejabat Pendidikan Sandakan telah menyerahkan borang keahlian wakil Presiden PCS, Mazlan Latif di Hotel Livingston di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua Bahagian PCS Zon Libaran Irwansah Mustapha dan AJK Bahagian.

Menurut Budun, beliau menyertai parti itu kerana tertarik dengan kepimpinan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman dan barisan kepimpinan Pusat.

Katanya, beliau juga terpesona dan terpikat dengan nama Parti Cinta Sabah yang sememangnya mengajak rakyat Sabah mencintai dan menyayangi Sabah yang mana perjuangan ikhlas itu adalah untuk mempertahankan hak-hak Sabah.

Beliau juga berkata, PCS merupakan parti tulen Sabah dan parti berbilang kaum selain bertindak sebagai parti alternatif pilihan rakyat Sabah dalam keadaan kemelut pergeseran parti-parti politik sedia ada.

"Sebagai pergerakan awal, saya berhasrat membantu menggerakkan perjuangan AJK Bahagian yang majoritinya dibarisi oleh golongan muda yang cukup bersemangat.

"Ketika ini saya memberi fokus untuk mendampingi pemimpin setempat, saudara-mara dan rakan-rakan khususnya di kawasan DUN Gum-Gum," katanya yang turut diiringi AJK Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Cawangan Sandakan dan sanak-saudara ketika acara itu.



 

  • oleh
  • Advertisement