Anda di sini

Peranan Luc Besson sebagai ketua pegawai eksekutif EuropaCorp diganti oleh Axel Duroux

Advertisement

PARIS: Pengarah dari Perancis Luc Besson akan digantikan oleh Axel Duroux sebagai ketua pegawai eksekutif EuropaCorp, syarikat penerbitan filem yang Besson sendiri tubuhkan, satu kenyataan menyebut Sabtu lepas.

Duroux akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas dana pelaburan dari Amerika Syarikat Vine memperolehi pegangan majoriti dalam syarikat tersebut.

Dia akan memegang jawatan itu pada 1 September.

Besson akan dikekalkan dalam jawatan bukan eksekutif sebagai pengerusi lembaga supaya dia dapat memberi tumpuan kepada kerjanya sebagai pengarah artistik syarikat, kenyataan itu menyebut.

Besson sudah menulis, mengarah atau menerbitkan banyak filem yang popular termsuk ‘The Big Blue’, ‘Nikita’, ‘Leon’ selain filem-filem ‘The Transporter’ dan siri ‘Taken’.

Dia menubuhkan EuropaCorp pada 1999.

Tetapi syarikat itu mengalami kesukaran untuk pulih daripada pencapaian filem sains fiksyen epik berbajet besar ‘Valerian and the City of a Thousand Planets’ yang mengecewakan pada 2017 dan terpaksa mencari pelabur baharu.

Duroux kini mengurus pejabat firma perunding perniagaan Brunswick di Paris dan pernah bekerja sebagai eksekutif kanan di syarikat pengiklanan dan perhubungan awam gergasi Publicis. — AFP

Advertisement