Anda di sini

Honda BR-V baharu terima 1,400 unit tempahan dalam masa sebulan

 Model Honda BR-V baharu menerima sebanyak 1, 400 unit tempahan dalam masa sebulan.
LARIS: Model Honda BR-V baharu menerima sebanyak 1, 400 unit tempahan dalam masa sebulan.

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan menerima sebanyak 1,400 unit tempahan dalam masa sebulan bagi model Honda BR-V baharunya.

Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada 2017, kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tujuh tempat duduk itu merupakan antara model paling popular dalam segmennya dengan 32,600 unit telah terjual.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata BR-V baharu menerima permintaan tinggi di wilayah Tengah, yang mewakili 42 peratus daripada keseluruhan tempahan.

“Daripada dua varian yang ditawarkan kami, lebih 85 peratus memilih varian V, sementara bakinya adalah varian E.

“Lebih 24 peratus tempahan diterima adalah untuk warna Modern Steel Metallic, yang menjadi warna kegemaran dalam kalangan pemilik BR-V baharu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bagi Pasaran Sabah dan Sarawak, Honda BR-V baharu ditawarkan dengan dua varian iaitu E dengan harga atas jalan tanpa insurans RM87,761.64 bagi warna standard dan RM88,034.36 bagi warna White Orchid Pearl.

Bagi varian V pula, harga atas jalan adalah RM94,455.91 untuk warna standard dan RM94,728.64 untuk warna White Orchid Pearl.

Pada masa sama, Honda Malaysia turut melancarkan dua kempen iaitu ‘Be Kind with BR-V’ dan ‘Drive Dealer Donation Honda’, iaitu program bantuan COVID-19 untuk membantu masyarakat yang terjejas di kawasan sekitarnya pengedar Honda.

Untuk maklumat lebih terperinci orang ramai dijemput hadir ke mana-mana pengedar rasmi Honda atau layari www.honda.com.my.

Advertisement