Anda di sini

Digi umum pelan Go Digi untuk pelanggan Digi Business

 Go Digi menawarkan peningkatan kuota data berkelajuan tinggi tanpa kos tambahan.
LEBIH BAIK: Go Digi menawarkan peningkatan kuota data berkelajuan tinggi tanpa kos tambahan.

SUBANG JAYA: Berikutan pelancaran pelan Digi Postpaid untuk pengguna minggu lalu, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) semalam mengumumkan pelan Go Digi yang baharu dan lebih baik untuk semua pelanggan Digi Business.

Digi menerusi kenyataan medianya semalam memaklumkan, berikutan akses ketersambungan yang tidak terganggu menjadi keperluan asas bagi perniagaan untuk digitalisasi, Digi memberi penghargaan kepada pelanggan perniagaan Go Digi dengan peningkatan kuota data berkelajuan tinggi tanpa kos tambahan.

Melaluinya, perniagaan akan dapat terus berinteraksi dengan pelanggan dan pekerja mereka dan seterusnya mengembangkan perniagaan.

“Untuk pelan Go Digi 78, 98 dan 128, 20GB akan ditambahkan ke total kuota Internet dari kitaran bil seterusnya dengan panggilan tanpa had dan pilihan tambahan Go Roam dan Go IDD.

“Untuk Go Digi 168, pelanggan terus menikmati kuota Internet hari kerja tanpa had sementara kuota sepanjang hari, kini mendapat tambahan 20GB,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan Go Digi yang baharu, kunjungi www.digi.com.my/business/plans/business-mobile-plans.

Advertisement