Anda di sini

Sarawak lancar jurnal antarabangsa mengenai pelancongan bertanggungjawab

Advertisement
Abdul Karim (empat kiri) ditemani Hii (tiga kanan), Sebastian (tiga kiri), Mukvinder (dua kiri) dan Hiram (dua kanan) masing-masing memegang poster JRTM yang bakal diterbitkan buat pertama kali Januari tahun depan.
Abdul Karim (empat kiri) ditemani Hii (tiga kanan), Sebastian (tiga kiri), Mukvinder (dua kiri) dan Hiram (dua kanan) masing-masing memegang poster JRTM yang bakal diterbitkan buat pertama kali Januari tahun depan.

KUCHING: Sarawak melancarkan jurnal mengenai pelancongan dan hospitaliti, 'Journal of Responsible Tourism Management (JRTM)', yang berupaya mempromosi dan memberi maklumat berkaitan pelancongan di negeri ini yang lebih bertanggungjawab menerusi kandungan tempatan kepada pembaca.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dengan penerbitan dua kali setahun jurnal tersebut bermula Januari 2021, Sarawak akan berada di mata dunia sekali lagi.

"Pada masa yang sama, ia akan memberi gambaran kepada destinasi yang menarik kepada pembaca dimana sahaja mereka berada," katanya ketika merasmikan perlancaran sulung JRTM di Bangunan Baitulmakmur 2 di Petra Jaya, hari ini.

Sebagai sebuah jurnal antarabangsa, JRTM akan mendapat perhatian global serta sekali gus akan mempromosikan Sarawak dengan memberi maklumat serta kesedaran tanggungjawab di dalam sektor pelancongan yang dijalankan di sini.

Jurnal berkenaan juga pertama kali dimulakan di Sarawak dengan harapan agar pemain industri dan hospitaliti, pihak berkepentingan di seluruh negara dan negara luar akan menjadikan jurnal berkenaan sebagai sumber maklumat dan rujukan akan pembangunan yang dijalankan di sini hasil kerjasama dengan kerajaan negeri.

Penerbitan JRTM itu diketuai oleh Ketua Pengarang oleh Hiram Ting di bawah Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Universiti UCSI dan Persatuan Pengkaji Sarawak (SRS) disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pusat Wilayah Pakar (RCE) Kuching.

Menurut Abdul Karim, definisi pelancongan bertanggungjawab adalah dengan meminimumkan kesan negatif sosial, ekonomi, impak terhadap persekitaran tetapi memberi kesan dan manfaat kepada ekonomi kepada komuniti tempatan.

"JRTM merupakan sebuah jurnal terulung dengan harapan untuk menyebarkan lebih banyak pengetahuan berkaitan pelancongan dan hospitaliti berkenaan isu dan kes bagi membangunkan destinasi di sini," tegasnya lagi.

Jurnal berkenaan boleh didapati secara percuma dalam bentuk bahan cetak dan dalam talian di www.jrtm.org, atau di laman facebook di Responsible Tourism Management (@journalRTM) juga, Instagram di journal_rtm.

Beliau turut meluahkan rasa senang kerana ramai penyelidik dari dalam negeri dan luar negara seperti Amerika Syarikat (USA), Jepun, Korea, Pakistan, India, Eropah dan Australia.

Pihak penerbitan JRTM mengalukan kajian tanpa had berkaitan isu atau amalan yang berkaitan dengan tanggungjawab pelancongan menerusi ekonomi, sosio-budaya dan alam sekitar.

Juga tingkah laku dan tanggungjawab semasa melakukan perjalanan, menghormati budaya yang berbeza, mengunjungi tempat-tempat warisan dengan pemahaman yang jelas mengenai peraturan dan undang-undang dan banyak lagi.

Turut hadir, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting; Setiausaha Tetap Kementerian, Hii Chang Kee; Ketua Pegawai Eksekutif UCSI Sarawak, Mukvinder Kaur Sandhu; Dekan Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti UCSI, Christopher Wan Sageng dan Pengarang Urusan JRTM, Dr Leong Choi Meng.

  • oleh
  • Advertisement