Anda di sini

Persatuan media perlu bekerja dalam satu pasukan

Advertisement
 Jainuddin (duduk tengah) bergambar kenangan bersama semua ahli persatuan.
KENANGAN: Jainuddin (duduk tengah) bergambar kenangan bersama semua ahli persatuan.

LABUAN: Ahli-ahli Persatuan Penggiat Media Labuan diseru untuk bekerja dengan semangat berpasukan yang tinggi.

Menurut Pengerusinya, Jainuddin Djimin,  setiap ahli perlu memainkan peranan dalam menjayakan objektif penubuhan persatuan.

“ Kita umpama satu pasukan yang mantap dan tanpa peranan semua pihak segala perancangan dan matlamat yang ingin kita capai tidak akan menjadi kenyataan.

“Semua ahli juga disaran agar terus menjadikan persatuan ini sebagai platform untuk menyatukan para pengamal media yang datang  dari pelbagai latar belakang dan agensi di samping menjaga kebajikan para ahli yang berdaftar,”katanya semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan persatuan itu, di sini.

Beliau turut meyakinkan para ahli untuk terus menjalankan tugas sebagai wartawan yang berdedikasi dan cekal menempuh semua rintangan yang mendatang.

“Kita perlu terus profesional dan fokus dalam menjalankan tugas kita dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada masyarakat tanpa rasa gentar dengan sebarang halangan yang ada.

“Media bukan sahaja menyampaikan berita tetapi turut bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara dalam pelbagai aspek khasnya di Labuan,”katanya lagi.

Pada Mesyuarat Tahunan itu, beliau sekali lagi dipilih menerajui persatuan bagi penggal 2020-2022 setelah mendapat sokongan sebulat suara semua ahli-ahli yang hadir.

Para ahli juga menyampaikan pelbagai usul berkaitan peranan, program-program yang dirancang serta hala tuju persatuan itu selain membentuk ahli-ahli jawatankuasa baharu bagi penggal 2020-2022.

Antara ahli-ahli lain yang dilantik adalah Jailani Hassan (Timbalan Presiden), Teo Hock Soon (Naib Presiden), Noor Affatizah Sabtu (Setiausaha), Mohd Izuandi Jaludin (Penolong Setiausaha), Ramlen Salleh (Bendahari), Iffah Delany (Penolong Bendahari), Md Khairul Azad Yunus (Ketua Biro Kebajikan), Harjay Wandy Jack (Ketua Biro Sukan), Teo Hock Soon dan Jeffrey Nian (Ketua Biro Perhubungan Awam), Rosilla Joos dan Usamah Ibrahim (Juruaudit).-Penerangan Labuan.

  • oleh
  • Advertisement