Anda di sini

Pendakwa raya minta siasatan kes rogol Depardieu dibuka semula

Advertisement
 Depardieu (kiri) merakam kenangan bersama pereka fesyen Perancis Pierre Cardin semasa sesi fotografi di Paris, Perancis pada 2 Julai lepas. — Gambar AFP
DITUDUH MEROGOL: Depardieu (kiri) merakam kenangan bersama pereka fesyen Perancis Pierre Cardin semasa sesi fotografi di Paris, Perancis pada 2 Julai lepas. — Gambar AFP

PARIS: Pendakwa raya di Paris pada Sabtu lepas berkata mereka telah meminta agar siasatan ke atas dakwaan merogol terhadap pelakon Perancis Gerard Depardieu dibuka semula setelah siasatan terdahulu digugurkan pada tahun lepas.

Seorang aktres dalam lingkungan usia 20-an menuduh Depardieu menyerang dan merogolnya di rumah Depardieu di Paris pada Ogos 2018.

Selepas dia melaporkan dakwaannya terhadap pelakon terkenal itu – yang berusia 71 tahun dan menafikan sebarang salah laku – pendakwa raya di kota selatan Aix-en-Provence membuka siasatan awal yang mereka kemudian serahkan kepada rakan-rakan sejawatan mereka di Paris.

Siasatan di Paris telah digugurkan selepas sembilan bulan pada awal 2019 selepas penyiasat tidak dapat mengumpul bukti yang mencukupi untuk mengemukakan dakwaan rasmi.

Tetapi sekarang aktres itu telah melancarkan semula prosiding dengan bertindak sebagai ‘pihak cedera’ yang di bawah undang-undang Perancis hampir sentiasa menyebabkan kes diteliti oleh seorang majistret siasatan.

Peguam Depardieu, Herve Temime, enggan membuat kenyataan ketika dihubungi AFP.

Depardieu, yang merupakan seorang bintang di Perancis kerana filem seperti ‘Cyrano de Bergerac’, ‘Jean de Florette’ dan ‘Camille Claudel’, juga menikmati karier antarabangsa yang berjaya, dengan bekerjasama antara lain dengan Peter Weir dalam ‘Green Card’ dan Ridley Scott dalam ‘1492’.

Dia memiliki kerakyatan Perancis dan Rusia. — AFP

Advertisement