Anda di sini

Kelab bola sepak Atletico Madrid umum dua disahkan dijangkiti COVID-19

Advertisement
Gambar Catherine Ivill / Getty Images Sport / Getty

MADRID: Kelab bola sepak Atletico Madrid pada Ahad mengesahkan dua individu yang dijadual berlepas ke Lisbon pada Isnin untuk menyertai suku akhir Liga Juara-Juara, didapati positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kelab berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada individu itu membabitkan pemain atau kakitangan teknikal.

Mereka disahkan positif virus itu selepas menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada Sabtu. 

Hasil ujian itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan Sepanyol dan Portugis,  UEFA, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Persekutuan Portugis dan Jawatankuasa Sukan Sepanyol. 

Atletico akan menentang RB Leipzig dalam aksi suku akhir pada 13 Ogos. - Bernama 

Advertisement