Anda di sini

Bintulu kini giat tarik orang ramai, merancak, memperkembangkan pelancongan domestik

Advertisement
 Taman Tasik Muhibbah.
CANTIK: Taman Tasik Muhibbah.

BINTULU: Bintulu kini giat menarik orang ramai, merancak dan memperkembangkan pelancongan domestiknya dengan melaksanakan projek-projek menambah baik kemudahan rekreasi dalam tempoh pasca-COVID-19 tanpa mengetepikan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihana (PKPP).

Antara projek itu adalah penambahbaikan kemudahan rekreasi di Taman Tasik Muhibbah berhampiran Stadium Mini Bintulu di Jalan Kidurong di sini oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Kontrak pembinaannya berkos RM324,000 dan kerja-kerja pembinaan telah pun bermula pada 19 Mei 2020 dan dijangka siap pada 18 November 2020.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, dengan siapnya kerja-kerja penambahbaikan kemudahan ini akan menjadikan tasik itu sebagai tapak yang paling sesuai untuk tujuan rekreasi bagi peminat-peminat permainan bot dan kereta kawalan jauh sambil beriadah bersama keluarga.

“Bagi perminat permainan ini, sekiranya mereka ada cadangan untuk mempopularkan hobi mereka dan menarik lebih ramai penyertaan, kita mengalu-alukan cadangan daripada semua pihak,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berharap semua pihak dapat memberi sokongan penuh untuk mempopularkan tasik tersebut dan menjaga kebersihan persekitarannya.

Advertisement