Anda di sini

Bengkel Kraf Tangan Membuat Tangu Moden berlangsung dengan jayanya

Advertisement
 Peserta bengkel memberi tumpuan mempelajari kemahiran membuat tangu moden di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau kelmarin.
TIMBA ILMU: Peserta bengkel memberi tumpuan mempelajari kemahiran membuat tangu moden di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau kelmarin.

SELANGAU: Bengkel Kraf Tangan Membuat Tangu Moden anjuran Exco Wanita Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (MJKKK) Sekuau Pakoh berlangsung dengan jayanya di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau kelmarin.

Ketua Exco Wanita Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (MJKKK) Sekuau Pakoh Dami Dingun berkata bengkel tersebut dihadkan kepada seramai 50 orang peserta.

“Seramai 50 peserta menyertai bengkel kraf tangan membuat tangu moden. Kami memberi subsidi sebanyak RM60 kepada setiap peserta bengkel kraf tangan membuat tangu.

“Pemberian subsidi ini adalah sebagai galakan kepada peserta menyertai bengkel tersebut dengan memberi ilmu kemahiran kraf tangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, pihaknya juga menganjurkan Bengkel Kraf Tangan Membuat Sugu Tinggi di tempat sama pada 15 Ogos ini dengan penyertaan dihadkan kepada 40 peserta.

“Kami memberi subsidi RM100 kepada setiap peserta membuat sugu tinggi. Justeru, saya menyeru kepada ahli exco MJKKK Sekuau Pakoh merebut peluang menyertai bengkel ini,” katanya.

Menurutnya, majlis perasmian dan penutupan bengkel tersebut di Dewan Penghulu Balang Skim Sekuau pada 15 Ogos ini akan disempurnakan Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami.

Advertisement