Anda di sini

Polis cekup lelaki disyaki ejen tambah nilai judi dalam talian di Bau

Advertisement
Suspek ditangkap kerana disyaki jual tambah nilai judi dalam talian.
Suspek ditangkap kerana disyaki jual tambah nilai judi dalam talian.

KUCHING: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penjualan tambah nilai judi dalam talian di kaki lima bangunan kedai di Siniawan, Bau, pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditangkap dalam Ops Dadu yang dijalankan sekitar jam 2.30 petang oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

"Dalam serbuan itu, polis menangkap seorang lelaki yang disyaki sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, polis turut merampas seunit telefon pintar dan sejumlah wang tunai.

Tegas Poge, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun penjara," katanya.

Jelas beliau lagi, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

  • oleh
  • Advertisement